"FAM Bangsat"
"Ultras sudah mula menggelepar mahukan jawatankuasa baru"
"Pakcik-pakcik FAM masih menyimpan harapan yang mereka masih relevan"
Maka mulalah terbit bibit-bibit cinta yang sekian lama dipendam meskipun ultras yakni adik-adik baru saja wujud bermula 2007 masihi. Dalam 30 tahun lebih pakcik-pakcik FAM sudah bertapak memegang tampuk pentadbiran menjaga dan menyelaras hal perihal bolasepak Malaysia yang juga bapa kepada pasukan Harimau Malaya.
Ultras Malaya Bakar Flare | Google Image |
Sebangang mana pun harimau malaya tidak kira dari senior membawak kepada junior-junior masih ramai lagi akan mengerumuni setiap perlawanan tidak kira secara langsung menggunakan mata kasar atau menerusi pandangan kamera di televisyen.
Boleh dikatakan bolasepak Malaysia tempat pengumpulan harta purba Malaysia. Mengumpulkan pelbagai etnik dan kategori peminat, ada memang hati kental, ada hati tisu, ada lalang dan ada juga sekadar mencelah demi menunjukkan lelaki harus meminati bolasepak meskipun offside rules pun masih ke laut.
Insiden membakar flare oleh Ultras Malaya mendapat pelbagai maklum balas, ada yang menyokong dan ada juga yang mencemuh. Jika dilihat pada zahirnya ada relevannya juga perbuatan protes dari ultras malaya itu. Mungkin pasukan Arab Saudi tidak tahu politik dalaman bolasepak Malaysia.
Mungkin insiden itu mereka beranggapan bahawa mungkin kemenangannya menjadikan situasi ditepi padang tegang.
Hakikatnya insiden ini adalah rentetan kegagalan FAM dalam mentadbir dan mengurus selia. Apa yang mereka tahu adalah 'mari kita menubuhkan kelab FAM dan tiada duit, persatuan bolasepak kan ada'.
Para pakcik-pakcik menyuruh adik-adik menggunakan saluran yang betul. Apa saluran yang betul itu ? Menghantar memo ? Membuat surat rasmi berkepala syarikat. Benda seperti ini seumpama membela khinzir namun orang islam haram memakannya. Maksudnya tiada guna.
Pelbagai aktiviti menaip dan menulis apalagi membentangkan banner mencemuh namun pakcik-pakcik masih lagi membutakan mata memekakkan telinga. Tiada sebarang inisiatif ditunjukkan melainkan mencari jalan menjadikan badan induk FAM sebagai 'side income' untuk poket masing-masing.
Kenapa Bakar Flare Dalam Stadium ?
Cuba ultras membakar flare atau membakar sampah di depan wisma FAM. Adakah pihak FAM akan terkesan ? Mereka yang terkesan hanyalah pihak pengurusan bangunan serta makcik cleaner dikawasan berkenaan. Entah-entah beberapa pelontar flare akan masuk penjara.Tidak ubah seperti menyuruh najib razak berundur melalui bersih tiada apa berlaku, esok bangun pergi kerja balik tidur.
Apabila ultras melakukan aktiviti 'holigan kecil' ini di stadium, apalagi dengan menghentikan perlawanan antarabangsa. Ini bukan perlawanan picisan, ini perlawanan mencari pasukan dari Asia untuk bertanding di kejohanan dunia World Cup di Rusia nanti. Setiap mata menjurus ke arah insiden in, apalagi dalam perlawanan siaran langsung.Mana FAM mahu sorokkan bau jerawat di muka mereka.
Tambahan pula FIFA semestinya akan mengambil tindakkan paling kecil pun semua perlawanan membabitkan Harimau Malaya diadakan tanpa penyokong. Denda dari segi wang juga akan dikenakan. Secara tidak langsung pihak FAM akan terkesan tanpa amaran, terus ke atas kepala masing-masing. Tindakan ultras itu umpama 'membawa megatron kepada sentinel tanpa memerlukan bantuan optimus prime".
Apa Tindakan FAM ?
Insiden membakar flare oleh ultras bukan 100% betul. Seperti newton's law ketiga, apabila FAM didenda maka pencarian wang untuk membayar segala hutang pituang dengan FIFA bermula. Dengan bermulanya Piala Malaysia dalam masa terdekat mungkin FAM akan menggubal balik peraturan mereka dalam mendapatkan wang. Maka bersedialah persatuan-persatuan bolasepak dibawah naungan FAM. Mana tahu dapat satu kad kuning dalam pasukan, FAM akan mengenakan bayaran RM50k kerana membuka baju semasa meraikan gol.
Konsklusi
Setiap pasukan bolasepak negeri mahupun kelab berusaha seperti Steve Jobs pada permulaan mencari dana untuk mewujudkan paten Apple II, iaitu bersepakat mencari sponsor, mereka yang mampu menjadi penaung pasukan, dengan menswastakan pasukan masing-masing bukan lagi berpayung dengan FAM.
Bukan susah pun sedangkan RM2.6 billion orang boleh derma, boleh lah melobi mana-mana hartawan yang mampu menjadi penaung pasukan, swastakan pasukan dan pasukan tersebut tidak lagi terikat dengan FAM. Ketika itu FAM hanya menguruskan jadual perlawana, dimana mahu cari kedai piala dan telefon pihak stadium sahaja.
anda fikir anda tahu Ultras Malaya Bakar dan Baling Flare Dalam Stadium Shah Alam, Siapa Kepala Bana Sebenar ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri