Cara Membuat Mercun Roket Spark Plug Aplikasi Shuttle Space NASA



AMARAN: penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menginap di hospital mahupun di tanah perkuburan.Ini hanya sekadar bacaan semata-mata.


Dah dua hari aku duk kat kampung tercinta setelah betapa peritnya mencari onde-onde serta akok kedut di negeri 'beijing',malaysia a.k.a ipoh.

Keadaan kampung aku sekarang sudah tak semeriah masa aku kecil-kecil dulu,bila semua dah berjanggut dan sudah dewasa masing-masing invisible.Ada yang dah bekerja ada yang dah berkahwin,boleh dikatakan aku sorang je teruna yang belum kawen kat kampung ni haha.

Mercun Spark Plug
  Semalam sambil termenung nun jauh di sebelah 327 degree dari arah utara anjung rumah aku,aku melihat jalan tar yang sunyi sepi,jika masa aku sekolah menengah dulu kena pula pada waktu ramadan macam sekarang,jalan tar itu memang sibuk,bukan dengan kereta mahupun motor tetapi aku dan kawan-kawan bermain roket.


Dulu kami semua memang hardcore dalam pembikinan roket ni kalau time tiba musim raya,masa kecil minda tengah berinovasi mungkin.Mungkin sekarang sudah tiada permainan roket ni kot,tempat lain tak tahu la,tapi di kampung aku sudah tiada selepas generasi aku mula menginjak dewasa.

Bagi menghidupkan kembali zaman kegemilangan aku sebagai budak kampung yang kreatif,mari aku ajar macam mana nak buat roket yang pernah menyebabkan betis aku di balun oleh mak aku sebab main roket atas simen car porch kat umah ni haha,habis simen ade jeragat.


Peralatan dan Ramuan
mercun palam pencucuh (spark plug)

palam pencucuh,brand NGK (nak lagi elok Iridium) biasenya aku curik dari kedai pomen berdekatan, skru driver, pisau lipat, kikir parut, paku/skru kepala bulat,Tali rafi.Ayah aku tukang rumah senang nak dapat haah

Modus Operandi Cara Pemasangan
mercun palam pencucuh (spark plug)


Haa..inilah spark plug yer kawan-kawan bagi yang tak kenal la,masa kecik-kecik dulu aku tahu nama jer untuk hape tak tahu,zaman aku dulu belum ada lagi istilah mat sempit ni haha.Tapi biasanya aku dan geng aku cari spark plug terbuang kat bengkel-bengkel keta mahupun moto,kami biasanya rembat kat ada satu bengkel kat sekolah rendah aku dulu.Uiks,rembat tu bukan curi yer,memang dah terbuang kitorang amik jer.


Selepas dah ada spark plug,kerja pertukangan ala-ala Kemahiran Hidup pun bermula.Dengan menggunakan kikir,pisau lipat dan sedikit bantuan skru driver.Korang buang lah kepala spark plug ni seperti yang tertulis tu,korang korek-korek aje jangan bimbang ini bukan rongga badan takkan batal puasa.Korek dan buang sampai ade lubang kat tengah-tengah spark plug tu sampai jadi macam ni..


keratan rentas badan yang telah di buang isi perut,nak bbq kene buang jgk ape lagi bnde ni haha


selepas itu buat macam ni.Bahan peledak tu korang leh buat sendiri,kalau korang spesis kaya yang amat atau anak tokei mercun,anda amik serbuk dari bunga api yang kaler merah tu,tumbuk-tumbuk masukkan kat dalam tu.Tapi macam aku yang miskin hina bersama kawan-kawan gunakan karbaid yang mak aku nak peram pisang kat stor kalau dah desperate sangat aku kikis kepala mancis tu yang kaler hitam dan oren tu,tu pun jadi.




wallaa,siap pun roket kita yer kawan-kawan.Tali rafia (bukan ana rafali tu lain) tu bukan sekadar hiasan yer kawan-kawan,ia diaplikasikan ketika anda semua ingin melepaskan roket anda secara projectile motion (fizik la plak).Dalam proses nak dapatkan tali rafia ni payah jugak pernah aku kene bebel sebab kerat ampaian yang dibuat dari tali rafia semata-mata nak ganti rambu-rambu yang dah rosak kat roket ni.


Apa yang penting,kerjasama eh buka itu.Ape yang penting paku atau skru di atas tu perlu betol-betul padan dengan kepada spark plug kerana sebarang kebocoran boleh menyebabkan perkiraaan ala-ala NASA akan terbantut kerana mungkin peledak akan terburai sebelum proses combustion haha (sebelum masuk u kami dah belajar thermodynamics kahkahkah)


CARA MELANCARKAN ROKET







Anda fikir anda tahu Membuat Roket Spark Plug Aplikasi Shuttle Space NASA ?

Anda fikir sekali lg..

Assalamualaikum...


Catat Ulasan

0 Ulasan