Jangan Bunuh Ular yang Masuk ke Dalam Rumah

Di zaman berteknologi tinggi dan menuju wawasan 2020 katanya. Kepesatan tumbuhnya rumah mampu lihat kian bertambah. Maka setiap ceruk kawasan tidak kira pinggir mahupun dalam bandar pelbagai jenis rumah didirikan.

Sedang enak pemaju membuang hutan dan belukar kita tidak sedar bahawa kita telah menghalau haiwan yang pernah menetap disitu. Habitat mereka terancam.Makhluk Allah seperti ular, jengking, semut, lipan, dan pelbagai makhluk yang pernah tinggal di dalam semak belukar.



Secara statistiknya ular merupakan haiwan yang acap kali akan memasuki rumah seseorang. Hadir dalam bentuk dan penampilan yang berbeza. Kita telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w untuk terus 'shoot on sight' terhadap ular yang , masuk, termasuk dan dimasukkan ke dalam rumah kita sebagaimana sabda baginda

Sesungguhnya kota Madinah ini dihuni oleh jin-jin yang telah masuk Islam. Jika kalian melihat ular, maka usirlah selama tiga hari. Jika masih terlihat setelah itu, maka bunuhlah karena ia adalah syaitan.” (HR. Muslim ; 2236).


Apa Hikmahnya ?

1. Kalau ular itu berupa Jin Islam ia akan keluar
2. Kalau ular itu berupa Jin kafir atau syaitan ia akan keluar atau tidak keluar.
3. Ular yang betul bukan jadian dari jin maka ia takkan keluar.

Secara logiknya jin islam adalah 'kawan' manusia, ia akan keluar jika kita menghalaunya. Jin kafir, seumpama Alvin Tan laknatullah sifatnya maka jika ia faham ia keluar dan jika ia buat-buat tak faham maka tidak salah jika membunuhnya.
Apatah lagi ular sebenar yang tiada akal fikiran jika memberi ancaman kepada kita wajib lah dibunuh.

Jangan bunuh ular yang masuk ke dalam rumah jika belum halau ia sebanyak tiga kali.

Ustaz Azhar Idrus ada menyatakan halau ular tersebut sebanyak tiga kali, selepas tiga kali tidak berganjak maka bunuhlah ular tersebut.

“Ada lima jenis binatang fasik yang boleh dibunuh baik di tanah haram ataupun di luar tanah haram: Ular, gagak yang di punggung atau perutnya ada warna putih, tikus, anjing gila, dan elang.” (HR. Muslim no. 1198).

anda fikir anda tahu Jangan Bunuh Ular yang Masuk ke Dalam Rumah ?

anda fikir sekali lagi.....

Assalamualaikum.....

Catat Ulasan

0 Ulasan