Bagaimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Ditentukan


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan istilah sinonim bagi rakyat Malaysia. Saban tahun kebaikkan peneroka dari Indonesia amat bermurah hati. Mereka bukan sahaja memperkenalkan istilah IPU, tetapi mereka bermurah hati memeberikan 'side income' kepada para doktor, penjual ubat lelah, tidak lupa mereka yang menjual topeng muka.

Bisnes import tanpa eksport ini sudah berlangsung bertahun-tahun. Kebaikan Indonesia dalam menyumbangkan keadaan udara yang tidak sihat telah disambut baik oleh kerajaan malaysia melalui pemaju perumahan dengan menggunakan khidmat warga mereka dalam sektor pembinaan. Kesan ketara akan senang dilihat bagi mereka yang tinggal di sekitar perairan pantai barat semenanjung Malaysia.



Oleh kerana jerebu sudah sebati dengan rakyat Malaysia bukan hanya sebatinya gas monoksida di dalam bronkiol paru-paru tetapi pemerhatian terhadap betapa bahaya jerebu yang disumbangkan rakan baik kita, Indonesia.Kini anda boleh membuat observasi secara pancaindera dengan menggunakan beberapa pancaindera yang diberi Tuhan.



Indeks 0-50
Keadaan masih baik. Aktiviti bermain layang-layang serta melastik burung masih selamat beroperasi. Biru mewakili betapa birunya hari ini dan anda masih boleh menarik nafas lega tanpa sebarang amaran.Namun penampakkan jerebu sudah kelihatan sedikit dan kesannya pada kenderaan yang ditinggalkan mengajak anda untuk mencucinya dalam tempoh 3-4 hari ke 'carwash'.

Indeks 51-100
Keadaan sederhana. Aktiviti layang-layang sudah tidak sesuai kerana berkemungkinan mereka yang sedang melastik burung akan keliru mana burung betul mana layang-layang. Nafas lega agak terbantut. Pada ketika ini penyediaan belanja untuk 'mask' sudah boleh bermula. Warna hijau melambangkan pokok masih lagi bewarna hijau namun langit sudah kurang birunya. Tempoh untuk mencuci kereta kepada 2 hari ke 'carwash'.

Indeks 101-200
Keadaan tidak sihat. Layang-layang sudah tidak kelihatan apa lagi burung-burung yang sudah berhijrah ke tempat lain. Pemakaian topeng ala-ala masked rider sudah boleh diaktifkan. Bau asap mula berputik seolah-olah jiran anda sedang membuat pembakaran terbuka terhadap rumput-rumput lamannya. Para doktor dan penjual topeng mula menampakkan senyuman. Warna kuning menceritakan bahawa warna kahak sudah bewarna kuning. Cucian kereta sudah diwajibkan kepada 1 hari.

Indeks 201-300
Keadaan sangat sakit. Selain sakit batuk, simpton sakit hati mula terbit, emosi mula terganggu kerana gagal menghadiri beberapa majlis kenduri yang membabitkan kambing golek. Dari topeng hospital, topeng untuk rider motosikal sudah boleh dipraktikkan. Kadar senyuman doktor dan penjual topeng sudah ketara, penampakkan beberapa gigi kapak. Warna oren melambangkan buah oren dari luar negara sudah gagal untuk menembusi pasaran tempatan kerana kapal gagal menggunakan 'speed' ideal untuk 'cruise'. Kadar cucian kereta sudah tidak relevan, bagi yang ingin berlatih cari gula-gula didalam tepung untuk family day nanti boleh menjadikan bumbung kereta anda sebagai medium latihan.

Indeks > 301
Keadaan brutal sakit. Apabila indeks ini berlaku maka boleh lah anda mencari beberapa pemastautin dari Indonesia dan menyuruhnya menelefon bomba di Indonesia dan menanyakan khabar mereka adakah mereka sedang menjalankan tugas. Jangan lupa mengisi semula bateri pada 'alarm' kereta anda kerana kemungkinan anda akan gagal menjumpai di mana kereta anda berada. Merah menandakan ada aktiviti yang membabitkan darah di dalam paru-paru anda. Jangan keluar ke mana-mana, dengan 'visibility' yang amat terhad anda mungkin terlanggar hidung dengan sesiapa sahaja.

anda fikir anda tahu Bagaimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Ditentukan ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan