Keghairahan yamaha terhadap pasaran motor cub sudah mencapai tahap ketagih. Jika mereka sudah memiliki paten model berkapasiti 150cc, yamaha FZ 150cc pelbagai varian. Kini mereka ingin mencabar moped dan underbone yang berkategori motor cub berkapasiti enjin 150cc dengan mengeluarkan satu lagi varian 150cc selepas yamaha fz iaitu Yamaha LC 150 FI.
Jika sebelum ini varian LC hanya berkapasiti 135cc, yamaha cuba menawan hati para pelanggan tetap mereka dengan menaik taraf kapasiti enjin LC kepada 150cc. Bertitik tolak apabila yamaha vietnam telah melancarkan seumpama model konsep yang diberi nama Exciter. Jika diperhatikan model ini adalah hibrid gabungan yamaha LC135 dan satu lagi rakan liquid coolernya iaitu Yamaha Nouvo LC yang gemuk gedempol.Cuma mak mereka biru bukan hijau.
Yang menariknya, seperti honda sonic 150 dan honda dash yang menggunakan livery repsol, dikhabarkan model yang akan dikenali di Malaysia sebagai Yamaha Jupiter MX King di'air-brush'kan dengan livery movistar ala-ala yamaha movistar di pertandingan motogp dunia.
Yamaha Jupiter MX king 150 FI sebenarnya nama model bagi keluaran Indonesia. Tidak pasti apa nama yang akan diberi pada varian ini di Malaysia mungkin Musytari.Tetapi melalui sumber, yamaha indonesia akan memasarkan buatan mereka di fasiliti yamaha indonesia kepada pasaran Malaysia dan Filipina.
Secara lateralnya maka, Indonesia, Malaysia dan Filipina akan menggunakan nama Yamaha Jupiter 150 FI dan Yamaha MX King 150 FI selain Vietnam yang menggunakan nama Exciter 150 FI.
Spesifikasi All New Yamaha Jupiter MX King 150
PxLxT (mm): 1.970 x 670 x 1.080
Jarak sumbu roda: 1.240 mm
Jarak terendah ke tanah: 135 mm
Tinggi tempat duduk: 780 mm
Berat: 116 kg
Kapasiti tangki minyak: 4.2 liter
Tipe mesin: 4 langkah berpendingin cairan, SOHC
Jumlah/posisi silinder: Silinder tunggal/tegak
Bore x Lejang: 57,0 mm x 58,7 mm
Perbandingan kompresi: 10.4:1
Daya maksimum: 11,3 kW / 8500 rpm
Torsi maksimum: 13,8 kW / 7000 rpm
System starter: Electric Starter dan kick starter
Sistem pelumasan: basah
Kapasitas oli bensin: Total: 1,15 liter / berkala : 0,95 Liter - Ganti Filter Oli: 1,00 liter
System bahan bakar: Fuel Injection System (FI)
Tipe rangka: backbone
Suspensi depan: teleskopik
Suspensi belakang: Swingarm
Ban depan: 70/90 - 17M/C 38P
Ban belakang: 120/70 - 17M/C 58P
Rem depan: single disc brake
Rem belakang: Single disc brake
System pengapian: TCI (Transistor control ignition)
Battery: YTZ4V / GTZ 4V (MF battery 3 Ah)
Tipe busi: NGK – CR8E
Dijangka akan dilancarkan pada pertengahan ogos 2015 di Malaysia
anda fikir anda tahu Yamaha Jupiter MX King 150 FI dan Yamaha Exciter 150 FI Spesifikasi ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri