Maka betullah kiasan dan perumpamaan hidup ini umpama roda. Maka di zaman millenium ini kita kembali hidup di zaman paleolitik menghampiri zaman neolitik setelah zaman jentik-jentik.
Meskipun menghampiri wawasan 2020 (la sangat), kehidupan warga Malaysia yang sudah dirundung malang dengan kenaikkan harga rumah, kenaikkan harga minyak, tol di setiap penjuru bandar serta kos barangan dibebani GST.
Maka pelbagai cara hidup alternatif untuk meneruskan kepelbagaian bio di muka bumi Allah ini.
1. Cari kedai makan yang masih mengamalkan sistem harga kuih muih tiga untuk satu ringgit.
2. Cari juga kedai makan yang mengamalkan proses kautan harga minuman sekitar RM 1-RM 1.50.
3. Bahagikan tiga biji kuih muih tadi mengikut jam.
4. Kita mulakan dengan waktu kerja bermula pada jam 8 pagi.
5. Gunakan 3 jam pertama iaitu dari jam 8 hingga 10 dengan kuih pertama dan sedutan air yang dibeli tadi sebanyak satu portion dari tiga sedutan.
6. Empat jam seterusnya iaitu dari jam 11 hingga 2 petang lahaplah kuih kedua bersama satu portion lagi dari tiga portion air.
7. Untuk tiga jam terakhir habiskan sebiji kuih yang masih tinggal tadi dan baki beberapa mililiter air tadi.
Namun mesti diingat, pilihlah tiga jenis pilihan kuih berlainan supaya kandungan zat boleh berbeza-beza. Tukarlah setiap hari spesis kuih supaya anda kekal ceria tidak jemu.
anda fikir anda tahu Tips Jimat Cermat Waktu Siang di Tempat Kerja ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri