Misteri Tragedi Nahas Pesawat Malaysia Airlines Boeing 737 MAS 653 di Tanjung Kupang, Johor Belum Terjawab


Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa sebelum kes MH 370 dan MH 17 terdapat satu insiden kemalangan pesawat membabitkan Malaysia Airlines (MAS).

Nahas Pesawat MH 653 Malaysia Airlines 1977
Nahas Pesawat MH 653 Malaysia Airlines 1977

Penerbangan domestik MAS 653 yang dijadualkan tiba dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (ketika itu Subang International Airport) telah diisytiharkan terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. Pesawat boeing 737-200 tersebut membawa 93 penumpang dan tujuh anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas.



Air Crash Investigation Tiada Bukti

Jika di google "air crash investigation malaysia airlines tanjung kupang" tiada bukti konkrit yang dapat menjelaskan punca berlakunya nahas.

Apa yang digembar-gemburkan adalah kerana rampasan. Rampasan yang dibuat ketika pesawat menghampiri Subang airport, dan perampas memaksa juruterbang untuk meneruskan perjalanan ke singapura.

Identiti Perampas Pesawat MH 653

Apa yang menghairankan setelah 38 tahun punca sebenar masih samar. Identiti perampas pesawat tidak dapat dikenalpasti dan sebab mengapa pesawat dirampas lenyap bersama identiti perampas.

Meskipun pada cockpit voice recorder (CVR) terdapat rakaman dari awal rampasan sehingga terdengar bunyi tembakkan di dalam cockpit.

Bukti Pesawat Dirampas Pengganas

Tiada bukti rasmi dikeluarkan pihak tertentu terhadap insiden ini hanya berasaskan satu sebab pesawat dirampas.Namun mengapa ia dirampas bukan menjadi sesuatu yang penting bagi para penyiasat. 

Keputusan Flight Data Recorder Pesawat

Dari flight Data Recorder (FDR) pesawat terdapat pergerakkan 'pitch up' dan 'pitch down' serta beberapa pergerakkan tidak normal sebelum pesawat terjunam jatuh di kawasan paya Tanjung Kupang.

Penyiasatan terhadap insiden ini berakhir dengan kesimpulan bahawa anak kapal di halang untuk mengawal pesawat dan pengawalan pesawat secara tidak professional.

Misteri Seumpama Penerbangan MH370

Penyebab sebenar seolah-olah tergantung sebagaimana kisah MH 370, namun yang nasib baiknya terdapat bukti fizikal jika dibandingkan dengan pesawat malang MH 370 yang hilang pada 8 Mac 2014, 37 tahun selepas tragedi MAS 653.

Maka keluarlah pelbagai spekulasi kerana beberapa persoalan mula timbul siapakah identiti perampas dan apakah punca mereka merampas pesawat.

Penumpang Adalah Orang Kenamaan

Desas-desus mengatakan bahawa mereka yang merampas pesawat malang tersebut adalah seorang menteri dan seorang penjaganya (bodyguard). Mereka bercadang membawa bersama pistol yang ada bersama dengan bodyguardnya. Namun juruterbang tidak membenarkannya atas faktor keselamatan. 

Namun menteri tersebut mendesak untuk membawa pistol tersebut masuk. 

Untuk mengelakkan kelewatan dan pelbagai isu juruterbang membenarkannya. Dengan kata lain pistol memang berada di dalam pesawat. Seperti yang direkod CVR, terdapat bunyi tembakka di dalam pesawat

Senjata Di Dalam Pesawat

Persoalan di atas persoalan, adakah pistol tersebut milik pegawai peribadi menteri berkenaan ? Cuma motifnya masih kurang jelas. Pada zaman tersebut masih ada saki baki anggota komunis atau ada ahli komunis yang bersama pistol di dalam pesawat.

Terdapat Orang Kenamaan Dalam Pesawat

Kisah pistol, pegawai peribadi dan menteri ini timbul kerana memang terdapat dalam manifes penumpang di mana seorang menteri dan beberapa kenamaan, menteri pertanian Allahyarham Dato' Ali haji Ahmad, Ketua jabatan Kerja raya Allahyarham Dato' Mahfuz Khalid serta seorang kenamaan warga asing, duta cuba ke jepun   Mario García Incháustegui.

atau terdapat komplot untuk membunuh orang kenamaan. Seperti biasa apabila sesuatu konspirasi membabitkan kerajaan dan institusi sesuatu insiden tidak akan diberitahu kepada orang ramai sehinggakan kisah nahas ini tergantung dan tiada jalan penyelesaian.


anda fikir anda tahu Misteri Tragedi Nahas Pesawat Malaysia Airlines Boeing 737 MAS 653 di Tanjung Kupang, Johor Belum Terjawab ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

   

Catat Ulasan

0 Ulasan