Kronologi Skandal 1MDB Najib : Malaysia, Demokrasi Sudah Mati - Tun Mahathir



MALAYSIA
1. Saya selalu berasa gembira apabila ditanya mengenai Malaysia semasa saya berada di luar negera. Tetapi bukan lagi sekarang.
2. Warga asing dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, “Apa yang berlaku kepada Malaysia? ”
3. “Ia seolah-olah telah menjadi seperti salah satu daripada negara-negara Afrika atau Arab.”
4. “Ia benar-benar korup. Nilai wangnya telah susut”, dan lain-lain lagi.
5. Saya tidak dapat menjawab dengan sebenarnya. Saya juga tidak boleh berbohong. Ini adalah memalukan. Dan semua ini adalah kerana 1MDB dan Najib.
Fikirkan! | Google Image
6. Saya mula merasai ada sesuatu yang tidak betul dengan 1MDB ketika The Edge terbitkan bahawa ia telah membeli loji-loji jana kuasa dengan harta atas paras harga pasaran dan meminjam wang dengan membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%.
7. Saya menunggu Kerajaan untuk menafikan bahawa apa yang disiarkan oleh The Edge itu betul. Kerajaan tidak. Ketika itu saya tahu bahawa ada sesuatu yang tidak betul.


8. Kemudiannya timbul pula cerita tentang JV dengan PetroSaudi. Ianya terlalu pantas. Jelas ketelitian sewajarnya (due diligence) tidak dilakukan. Namun 1MDB membayar 1 billion Dollar Amerika Syarikat (3.8 billion Ringgit) bagi saham 40% itu.
9. Kemudiannya 1MDB membayar sejumlah AS 700 juta lagi untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh Petro-Arab kepada Petro Saudi International. Mengapa harus 1MDB membayarnya. JV yang patut membayarnya.
10. Tetapi dalam jangka masa 6 bulan ditubuhkan usaha sama itu, ia telah dibubarkan. Jika sekiranya suatu ketelitian sewajar yang baik telah dilakukan, JV ini tidak akan diwujudkan. Jelas sekali ia bukan suatu cadangan yang berdaya maju!
11. 1.7 bilion AS kini patut dikembalikan kepada 1MDB. Tetapi Tidak! Ianya telah ditukar kepada pinjaman (Murabahah) kepada PetroSaudi. Ini adalah amat luar biasa. Jika anda tidak boleh bekerja dengan PetroSaudi sebagai rakan JV bagaimana pula anda boleh memberinya satu pinjaman yang begitu besar.
12. Selepas itu wang ini nampaknya telah lesap. Sebelum ini dilaporkan ianya disimpan di bank-bank di Hong Kong dan Seychelles, dilabur dalam sesuatu atau lain-lainnya dan sepatut kesudahannya di Kepulauan Cayman.
13. Rakyat Malaysia yang prihatin menuntut supaya wang itu dikembalikan ke Malaysia. Satu pengumuman telah dibuat bahawa sebahagiannya telah dikembalikan ke Malaysia tetapi telah digunakan untuk membayar hutang dan perbelanjaan lain. Malaysia mahu maklumat lanjut terutama sekali apabila faedah RM2 billion atas pinjaman tidak dapat dibayar. 1MDB memang tidak mempunyai wang. Jadi dimanakah wang dari Caymans itu. Mengapa Ananda Krishnan harus menawarkan RM2 billion untuk membantu bayar faedah. Kerajaan terpaksa mengadakan pinjaman stand-by sebanyak RM900 juta.
14. Hal tidak kelihatan betul. Kemudian 1MDB mengumumkan bahawa keseluruhan baki daripada wang dari Kepulauan Cayman telah diterima dalam bentuk wang tunai. Arul, Ketua Pegawai Eksekutif, mendakwa dia melihat wang itu. PM berkata wang itu yang disimpan di suatu bank Singapura. Ia tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan.
15. Itu semacam satu pengakuan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan wang itu.
16. Tetapi Singapura ialah pusat kewangan. Oleh itu pasti ia lebih berhati-hati agar wang yang dibawa dan disimpan di bank-banknya disiasat, terutamanya jika melibatkan jumlah wang yang besar, berjumlah berbilion-bilion.
17. Dan sebagai dijangka Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dengan terbuka menyatakan bahawa tidak ada 1MDB wang Malaysia masuk ke negara itu. Swiss Bank yang dinamakan sebagai bank di mana wang itu didepositkan menafikan 1MDB telah mendepositkan wang dengannya.
18. Jadi di mana adanya berbilion-bilion Ringgit atau Dolar yang 1MDB mendakwa ia telah membawa kembali dari Caymans. Arul Kandasamy dengan secara terbuka mendakwa dia melihat wang itu.
19. Kini PM mengisytiharkan bahawa ia bukan wang. Ia adalah unit. Bank di mana unit ini disimpan tidak dinamakan.
20. Unit apakah ini? Sudah pasti bukan unit dalam Unit Dana Amanah. Tiada penjelasan dikemukakan. Sekali lagi berbillion-bilion dolar lesap.
21. Kemudian Wall Street Journal melaporkan bahawa Dato Sri Najib mempunyai USD700 juta di dalam akaunnya di Arab Bank Malaysia di Kuala Lumpur. Itu kira-kira 2.6 bilion Ringgit. Bagaimanakah wang sejumlah besar ini masuk ke dalam Akaun Peribadi Najib. Dari mana wang ini datang !! Bagaimana boleh PM Malaysia yang gajinya hanya RM20,000 sebulan mempunyai begitu banyak wang di dalam akaun peribadinya?
22. Tidak dapat menafikan laporan Wall Street Journal yang mengandungi juga nombor akaun dan butiran-butiran lain, Najib mendakwa ia adalah sumbangan.
23. Siapa di dunia akan mendermakan USD700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia? Obama sendiri pun tidak dapat mengumpul wang sejumlah ini untuk kempen menjadi presidennya. Telah dinyatakan bahawa penderma itu adalah seorang Arab.
24. Arab adalah murah hati, tetapi tidak semurah hati sebegini. Saya tidak dapat mengutip sedolar pun daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau untuk Pusat Islam Oxford. Dakwaan bahawa orang-orang Arab menderma berbilion boleh disifat sebagai sangat mengarut (hogwash and bullshit). Sudah semestinya saya tidak mempercayainya dan juga majoriti rakyat Malaysia, jika dilihat dari komen-komen dalam media sosial. Dunia ketawa kuat.
25. Apabila ditanya, PM berkata tunggulah laporan mengenai 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam.
26. Kepada pemimpin bahagian UMNO dan pelbagai kuncu-kuncu, PM, dalam mesyuarat tertutup, mendakwa berbilion-bilion ini adalah untuk pilihan raya.
27. RM2 bilion untuk pilihan raya adalah tidak munasabah. Saya memerlukan kurang daripada 10 juta untuk setiap satu daripada lima pilihan raya yang saya mempengerusikan dan saya memenangi semua dengan lebih daripada 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta Ringgit. Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk memanupulasi pilihan raya. Ini tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang.
28. Apa pun, bagi saya 2 bilion lebih untuk pilihan raya di Malaysia oleh mana-mana pihak adalah salah walaupun tiada had diletakkan ke atas perbelanjaan pilihan raya.
29. Kemudiannya, terdapat gaya hidup mewah yang tidak ada Perdana Menteri Malaysia mampu dengan RM20,000 yang diterima setiap bulan. Kemewahan pertunangan dan perkahwinan jauh melebihi Raja-Raja. Beberapa majlis telah diadakan di Malaysia dan juga di Kazakhstan. Para tetamu dimuatkan dengan hadiah dari tuan rumah. Jelas berjuta-juta, berpuluh juta telah dibelanjakan, lebih daripada apa yang PM Malaysia mampu.
30. Kemudiannya, terdapat pelaburan anak yang beratus-ratus juta dalam menghasilkan filem The Wolf of Wall Street. Ianya begitu lucah sehingga tidak boleh ditayangkan di Malaysia. Dari mana wang itu datang !
31. Membeli-belah di London, Paris dan di tempat-tempat lain diketahui sebagai sangat besar.
32. Sangat jelas PM dan isteri mempunyai lebih banyak wang daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM.
33. Selepas Wall Street Journal melaporkan 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib di dalam akaun peribadinya, ia ditutup. Anda tidak boleh mengambil semua wang itu untuk disimpan dengan anda. Ia perlu dipindahkan. Rupa-rupanya ia telah dipindahkan ke bank di Singapura. Kemudian pihak berkuasa Singapura membekunya.
34. Suara desakan ramai tentang asal-usul wang dalam akaun Najib adalah begitu kuat sehingga satu pasukan petugas yang terdiri daripada ketua empat institusi Kerajaan telah ditubuhkan. Peguam Negara mengetuai pasukan petugas ini dan ahli-ahlinya ialah Ketua Polis Negara, Ketua Bank Negara dan Ketua SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
35. Najib jelas tidak selesa dengan siasatan yang dijalankan oleh pasukan petugas. Ahli-ahli nampaknya terlalu bebas. Najib tidak boleh mengawal mereka. Pasukan petugas nampaknya bertekad untuk mencari kebenaran tentang 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib. Dakwaan Najib bahawa ia adalah derma tidak meyakinkan.
36. Najib kemudian memutus untuk mengambil tindakan menghentikan semua siasatan ke atas 1MDB dan akaun peribadinya.
37. Pertama, beliau mengumumkan bahawa rakyat harus berhenti bercakap mengenai 1MDB. Ia bukan hanya satu bayangan tetapi kenyataan terbuka bahawa percakapan mengenainya akan dianggap sebagai usaha melemahkan demokrasi dan satu percubaan untuk menggulingkan seorang pemimpin yang dipilih. Ini akan menarik perhatian polis dan penyiasatan.
38. Selepas ini sahaja Peguam Negara dipecat. Dalam sistem undang-undang Malaysia Peguam Negara menentukan sama ada sesuatu kes itu akan didengar di mahkamah atau tidak. Peguam Negara, yang kelihatan menarajui pasukan petugas itu, berada dalam kedudukan untuk membawa ke mahkamah jika terdapat bukti jenayah dalam Najib memiliki berbilion-bilion dalam akaunnya.
39. Penyingkiran Peguam Negara bermakna bahawa dia tidak lagi boleh membuat apa-apa keputusan atas kekayaan Najib yang luar kebiasaan ini. Seorang hakim telah lantik Peguam Negara dan jelas dia tidak berminat dengan pasukan petugas dan siasatannya. Beliau nampaknya lebih berazam untuk membersihkan Najib.
40. Kemudian TPM telah disingkir dan digantikan oleh Menteri Dalam Negeri yang, tidak seperti Muhyiddin, tidak pernah mempersoalkan Najib mengenai 1MDB.
41. Dalam rombakan kabinet empat anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam termasuk pengerusinya dilantik timbalan menteri. Pada hakikatnya, Jawatankuasa Kira-Kira Awam telah lumpuh dan kerja-kerja menyiasat 1MDB dihentikan.
42. Kemudian ketua dan timbalan ketua SPRM, seorang ahli pasukan daripada empat ahli pasukan petugas diminta pergi bercuti. Apabila beberapa anggota kakitangan SPRM meneruskan siasatan mereka dan mahu menyoal Najib mengenai sumber wang dalam akaunnya mereka telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor maklumat. Kemudian mereka telah dipindahkan kepada Jabatan Perdana Menteri. Itu menutup mulut mereka.
43. Gabenor Bank Negara, seorang ahli Empat-Petugas kini dikhabarkan akan disiasat kerana rasuah.
44. Dengan Jawatankuasa Kira-Kira Awam dan Pasukan Petugas lumpuh dan Peguam Negara dipecat, kerja siasatan ke atas 1MDB dan 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib terhenti sama sekali.
45. Najib kini selamat daripada tuduhan mengumpul dana secara haram. Dakwaannya bahawa ia adalah untuk digunakan untuk pilihan raya akan datang adalah separuh benar. Dia selalu berkata bahawa wang tunai adalah raja. Dengan dana yang besar dalam kawalannya, dia berada dalam kedudukan untuk memberi rasuah untuk mencapai kemenangan. Beliau juga boleh menggunakan wang itu untuk manipulasi pilihan raya.
46. ​​Apa yang Najib lakukan adalah belum pernah terjadi sebelum ini (unprecedented) di Malaysia. Orang ramai buntu tentang apa yang perlu dilakukan. Prospek Najib terus memerintah negara ini adalah benar-benar menyedihkan. Malaysia, di mana pilihan raya boleh juga melihat parti-parti pembangkang memenangi negeri-negeri seluruhnya itu tidak ada lagi.
47. Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana seorang pemimpin yang dipilih memilih untuk subvert institusi-institusi Kerajaan dan menjadikan mereka alat bagi mengekalkan dirinya. Tidak ada lagi demokrasi untuk sesiapa melemahkan. Sudah tentu bercakap tentang 1MDB tidak akan menjejaskan sesuatu yang tidak lagi wujud. Jika sesiapa perlu dipersoalkan oleh pihak polis, ia adalah Najib.

petikan artikel Tun Dr. Mahathir Mohd, 10/8/15, Artikel : Malaysia

Maka marilah kita fahami bagaimana ia bermula, mengapa Tun begitu obses dengan 1MDB supaya rakyat marhaen faham dimana bermulanya skandal 1MDB, dari aspek pengurusan, tindakan dan penyelesaian dari seorang bergaji RM20k/sebulan.

anda fikir anda tahu Kronologi Skandal 1MDB Najib : Malaysia, Demokrasi Sudah Mati - Tun Mahathir ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan