Ramai yang mampu 'countdown' bilakah ringgit malaysia (RM) akan melepasi takat USD1 = RM4.00. Namun tiada siapa yang tahu akan maksud sebenar dari perubahan nilai ini.
Jika dahulu nilai ringgit ditambah pada USD1 = RM 3.50 namun oleh kerana kelembapan ekonomi dan bilangan pelabur yang semakin mengecil di Malaysia buat julung kalinya nilai ringgit melepasi pointer CGPA Ahmad Maslan yang kita semua sayangi.
Pada masa ini memang amat sukar untuk melihat secara mata kasarnya kesan terhadap tanah tumpah darahku ini. Tetapi sekarang sudah terdapat beberapa syarikat asing seperti JVC dan Panasonic yang beroperasi di Shah Alam mula berpindah ke negara yang lebih cerah masa depannya.
Memang setiap hari bangun pagi kita tidak bertembung dengan BUK missile, beberapa buah kereta kebal ronda-ronda mahupun sebatalion tentera sedang berkawal, namun sebenarnya Malaysia boleh diibaratkan sebagai sekeping kayu yang sedang dimamah anai-anai dari dalam. Dalam maksudnya tu.
Hanya menunggu masa tergadai.
Situasi USD1 = RM4 kurang dirasai apabila kita berada di dalam Malaysia, tetapi cuba bayangkan anda mahu ke luar negara bagaimana peritnya apabila sampai di lapangan terbang mahu menukar nilai matawang. Rakayt Malaysia yang perit sekali berkunjung ke negara nilai matawang tinggi berbanding malaysia biasanya pelancong dan pelajar.
Bagi mereka yang bekerja dengan negara tersebut mereka amat mengalu-alukan kedatangan USD1 = RM4 kerana 'basic' gaji mereka berasal dari duit yang mahal.
Dari sinilah bermulanya kisah anai-anai dalam sekeping kayu tadi. Kini warga luar dan asing mula menjadikan malaysia sebagai hab menambah property mereka. Apa tidaknya, dengan kejatuhan harga RM berbanding matawang besar lain, pihak luar akan mendapat nilai tanah dan rumah di Malaysia dengan harga yang rendah.
Mereka akan mula membeli setiap 'property' yang ditawarkan oleh pemaju di Malaysia. Seperti biasa rumah-rumah di Malaysia hanya sekadar 'rumah mampu lihat' kepada rakyat marhaen, apa tidaknya paling murah pun menghampiri RM300k. Setiap ceruk kampung dan bandar banyak didirikan 'signboard' untuk pembinaan rumah atau penjualan hartanah, namun adakah rakyat Malaysia sendiri yang mampu ? mampus ada la.
Para kapitalis atasan memang gemar akan kejatuhan harga ringgit dengan bertopengkan ayat 'para pelancong akan ramai datang ke Malaysia', mereka sebenarnya mengaut keuntungan dari maksud tersirat lain iaitu menjadi orang tengah antara pemaju dan warga luar yang ingin mendapatkan hartanah yang semakin murah bagi warga luar.
Hal sedekian seumpama menjual Malaysia secara halus-halusan. Puak kapitalis yang 'menjaga' negara mereka tidak kisah akan perihal ini, apa tidaknya apabila sudah berundur atau diundur nanti, wang mereka yang dikumpul (dari 'derma' atau sogokkan) masih berkepok-kepok, tinggalah rakyat marhaen yang terkebil-kebil tinggal di negara sendiri di mana hanya mampu tidur di setinggan sedangkan warga luar mula mendiami rumah di tanah tumpah darah katanya.
Lama-kelamaan Malaysia bukan lagi milik bumiputera ber'sawo matang' tetapi akan menjadi seperti Afrika selatan kelak.
Jangan risau puak kapitalis ada membuat syarat-syarat tertentu untuk warga asing untuk mendapatkan rumah di Malaysia, iaitu warga luar perlu membayar RM 1 juta seunit bagi wilayah persekutuan (negeri lain bergantung kepada pihak berkuasa negeri). Namun, memandangkan nilai RM semakin menyusut sehingga menghampiri USD1 = RM5 makan RM1juta/unit apalah sangat.
Sibuk melaungkan merdeka, memaksa memasang bendera sebagai tanda patriotik, namun puak kapitalis inilah yang menjual negara secara halusan dan tiada sebarang tindakan bagi menghalang ringgit Malaysia jetuh dan terus merudum tetapi menambah pula hutang yang entah dari mana datangnya.
Ingatlah pihak kapitalis yang mendiami Putrajaya mereka sedang 'sibuk' mengisi 'tabung' mereka dengan duit amanah untuk 'meninggalkan kapal yang kian karam' kerana Ringgit Malaysia kian bocor. Mereka mengumpul wang untuk melarikan diri dikemudian nanti setelah menghancurkan negara ini. Apa ertinya 31 Ogos meskipun sebenarnya kita masih mengikut acuan British.
anda fikir anda tahu Kesan Kejatuhan Ringgit Malaysia Terhadap Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
8 Ulasan
semoga negara kita Aman dan makmur... sama-sama berdoa...
BalasPadamPeritnya ekonomi malaysia :'(
BalasPadamwat relax je. kita mengelabah pun bukan boleh selesai masalah huhu.
BalasPadamHarap nilai RM akan melonjak semula. Susah juga sebagai negara mengimport produk dari luar. Kebimbangan produk keperluan bayi akan naik harga.
BalasPadamperit jugak rasanya bila nilai ringgit jatuh.
BalasPadamtapi apa boleh buat, kena tabah & teruskan buat income jugak
makin susah rakyat malaysia tambah2 yg dh sedia susah.. huhu
BalasPadamOrang bijak buat duit guna us dollar untung la..tetapi golongan marhaen akan nangis tak berlaku jawabnya..
BalasPadamleh buat agong tutup muka malu tu yg tak menahan., harhar2
BalasPadamSemua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri