Kebanjiran kedai-kedai makan menggunakan nama sama kini kian meningkat seumpama membela sepasang ikan gapi dan akhirnya berpinak-pinak anak beranak mereka.
Sistem francais. Ya, seumpama sistem francais. Siapa tidak kenal akan 'kak wok', malah mat saleh juga boleh mengenali dari perkataan 'wok' yakni 'kuali.Kuali untuk memasak.Kalau memasak tentulah makanan.
Nasi Kak Wook Kota Kemuning |
Ala Kak Wok Ayam Cincang
Kedai nasi ala-ala kak wok sudah mula berkembang biak dengan cemerlang. Tidak pasti hanya sekadar nama atau francais dari kedai nasi kak wok original dari negeri the red warriors, Kelantan.
Ramai yang mengutuk rakyat kelantan, tetapi akhirnya memasukkan nasi hasil tanakan masyarakat kelantan juga. Lupakan semua itu, mari kita telusuri kemandirian spesis kedai ala-ala kak wok ini.
Lokasi Di Kota Kemuning
Jika pada artikel ini (Ulasan Kedai JJ Nasi Kak Wok TTDI Jaya), fenomena kak wok sudah bertapak di TTDI Jaya Shah Alam. Namun kedai makan ni berada ke arah selatan Shah Alam. Berhampiran dengan Econsave Kota Kemuning, sebagaimana tertera pada maklumat alamat di bawah.
27-1,
Jln Tanjung Rhu 30/165,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam,
Selangor
Apa yang penting, ya tepat kerjasama, apa yang penting adalah anda 'google map' dahulu econsave, dengan izin Allah dalam perjalanan anda akan menemui kedai makan ini kerana kedainya berhadapan dengan jalan utama dan signboard kedai yang kemerah-merahan seperti gambar di atas mampu menjadikan anda ahli geogerafi yang berjaya.
Menu yang Disediakan
Sebagaimana retoriknya sebungkus nasi ayam goreng ala-ala kak wok, maka anda akan mendapati apa yang ada di dalam bungkusan kertas minyak tersebut adalah:
Nasi putih
Ayam goreng diracik/dipotong ala-ala dadu (trademark kak wok)
kuah gulai kerompes atau keropeh (tulang temulang yang ada isi sikit)
Add on
anda juga boleh menambah beberapa add on lauk pauk sperti :
Sayuran (timun batang)
ayam percik (jika stok masih ada, kalau grill pemanggang tiada maknanya sudah habis percikkan untuk masa itu)
pelbagai jenis lauk biasa dilihat di mana-mana gerai nasi custom made (nasi campur)
Terdapat juga nasi kerabu disediakan
Harga Makanan yang Ada
Demi menjaga kemaslahatan francais sebuah kedai mengambil tema kak wok maka harga sama sahaja dengan kedai JJ TTDI RM 5 (akan bertambah jika anda menambah add on lauk pauk) Nasi kerabu dikhabarkan dengan lauk pauk mampu mencecah harga RM 6 dan ke atas.
Persekitaran dan Suasana Kedai
Aman damai sentosa dan makmur. Agak gelap sedikit tanpa sebarang pencahayaan yang mampu membezakan antara ketul ayam atau cekodok.
Bilangan peserta atau pelanggan yang ada agak kurang kerana masih baharu. Harus diingat oleh kerana populasi pelanggan yang seidkit maka pekerjannya juga hanya dua tiga orang
dan mungkin pada suatu masa mereka tiada di kaunter untuk melayan anda.
Pakej 'makan sini' juga disediakan. Meja kerusi disediakan dan minuman turut disertakan dan mempunyai harga tertentu. Bagi mereka yang ingin mencuba bagaimana rasanya menikmati nasi ayam goreng kak wok, kedai ini boleh dijadikan sebagai permulaan.
Sedap ke Tidak ?
Bagi penulis yang pernah mencuba nasi kak wok original, nasi kak wok jj TTDI Jaya Shah Alam. Masakan disini agak 'kureng' berbanding dua kedai disebutkan disini. Ayam goreng agak masin dan kuah lemak dan karinya terlalu pekat.
Namun, ke'kakwok'kannya masih ada. DOn't worry, be happy. Ke'kureng'annya tidaklah sampai tahap Chef Gordon Ramsay meludah makanan dalam Hell's Kitchen.
*Artikel ini bukan tajaan dari pemilik kedai, Jalan-Jalan Cari Makan, ataupun Million Dollar Critics Huffington post. Segala gambar serta gambarajah hak milik penulis menggunakan Canon EOS 1100D with macro lens dan desktop sendiri dalam pembikinan 'screenshot' google maps.Tiada Gordon Ramsay dalam pembikinan artikel ini sekadar rujukan.
Disclaimer: Berpandukan sumber nasi kak wok jj ini bukanlah nasi kak wook original yang asalnya dari kelantan. Ala-ala kak wok. Penulis tidak bertanggungjawab atas mana-mana artikel disiarkan, hanya untuk pandangan peribadi
Anda fikir anda tahu Kak Ma Nasi Kak Wok Masakan Pantai Timur Kota Kemuning ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri