Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Frasa yang dipetik dari hadis Rasulullah s.a.w
"Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Merupakan isi utama yang ingin disampaikan oleh pencipta/penulis lirik. Bahawa di akhir zaman ini setelah kewafatan nabi Muhammad s.a.w dan berakhirnya sistem khalifah ar-rasyidin maka akan wujud 73 kumpulan yang mempunyai pelbagai 'ideologi' dan 'taakulan' sendiri namun hanya satu golongan yang hanya diredhai Allah iaitu ahli sunnal wal jamaah di mana mereka yang berpegang kepada Al-quran, hadis sahih dari Nabi Muhammad dan Ijma' ulama' yang bertauliah.
Burung Hud Hud |
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Metafora yang diambil dari sebuah syair lama parsi - musyawarah burung - menggunakan mergastua (burung) sebagai perumpamaan yang melalui 7 lembah kehidupan, hanya 30 ekor burung sahaja yang berjaya sampai menemui raja yang dicari. Beribu-ribu burung yang digambarkan adalah manusia dan sang raja pula adalah sang khalik (pencipta manusia dan alam).
Sungguh sukar untuk menemui hakikat sang khalik sehinggakan perlu melepasi beberapa ujian (lembah yang tujuh) untuk mencapai tahap umpama wali-wali dan sufi-sufi yang diredhai Allah. Bukan manusia biasa yang mampu melepasi laluan lembah tersebut melainkan mereka yang benar-benar yakin dan jujur seumpama burung Hud-hud akan menemui sang rajanya (sang khalik).
Ooh... nanti dulu
Wahai Allah yang memberi tugas kepada Malaikat maut, Izrail. Sang Algojo yang ditugaskan mencabut nyawa manusia tangguhkan kematian supaya dapat diketahui adakah benar jalan yang sedang dilalui ini atau adakah jalan ini adalah tergolong dalam insan yang diredhai di mana mereka yang menemui jalan yang satu dari 73 jalan dan mereka yang berjaya melepasi lembah kehidupan yang tujuh sepertimana yang dilepasi tiga puluh mergasatua didalam rangkap terdahulu .
Memberi gambaran bahawa moga dipanjangkan usia supaya dapat mehasabah akan diri adakah betul cara hidup yang dilalui sekarang sebagaimana satu jalan dan satu pintu yang diredhai Allah dalam hadis terdahulu supaya tidak lari dari aturan yang sebenarnya terpesong dengan ajaran selain dari Al-quran, hadis dan ijma' ulamak wal jamaah.
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Kejujuran burung hud-hud dizaman nabi Sulaiman a.s (Artikel : Kejujuran Burung Hud-Hud) sudah direkodkan didalam Al-Quran.
Maka adakah kita semua mahu menggunakan akal atau hanya berpeluk tubuh dalam mencari makna kebenaran supaya tidak terpesong dari aturan menuju keredhaan sang khalik yang sebenar. Burung hud-hud dalam syair mengambarkan seseorang insan perlu yakin, jujur, ikhlas serta mempunyai usaha untuk mencapai jalan yang benar-benar diredhai supaya tidak tersesat ke lorong yang memesongkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Di zaman ini manusia sudah ramai yang mempercayai hukum dan peraturan serta ajaran dari Al-quran, hadis Rasulullah s.a.w dan ijma' ulama', namun membelakangi aturan ini. Sedangkan aturan ini merupakan panduan yang datangnya dari sang khalik. Namun umat islam tetap juga mahu menggunakan peraturan dan penyelesaian masalah kehidupan berpandukan aturan dan hukuman dari para pemesong agama yang liberal.
Kekalutan, memang sudah banyak kekalutan yang berlaku di dunia ini bila hukum Allah di anaktirikan apa tidaknya apabila anda mencuri beras hanya kerana kebuluran dan kelaparan berat hukumannya berbanding pelaku maksiat seperti penari tiang yang hanya di hukum penjara beberapa hari dan denda sahaja.Masih tidak kalutkah begitu ?
Itu yang dikatakan dengan 'disini' dimana kita tidak cuba mengubah aturan liberal ini kepada aturan dari sang khalik, tetapi membelakangi hukum Allah, hukum yang terkandung di dalam Al-quran, wahyu dari Allah kepada Rasulullah dan ijma' ulama'.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Wahai malaikat pengambil nyawa kau tunggulah dahulu kerana kami semua masih keliru memilih jalan yang sebenarnya.
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Panjangkanlah nyawaku dan berikan peluang untuk mengkaji dan mempelajari adakah selama ini aku sudah mengikuti aturan yang sebenarnya atau hanya mengikut para munafiqin dan fasiqin yang tidak berpegang kepada aturan dan panduan dalam kehidupan.
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Sebagimana yang diceritakan di zaman nabi sulaiman tentang burung hud-hud yang jujur dan ikhlas dalam mentauhidkan agama Allah.
Marilah kita mengikut sifat burung hud-hud ini dalam mencari semula jalan yang satu, pintu yang satu, landasan yang betul menemui sang khalik."orang bukan orang, hantu bukan hantu", kerana burung hud-hud bukan orang dan hantu, di mana orang mudah sesat apabila disogokkan dengan harta dunia apalagi hantu yang sememangnya sesat lagi menyesatkan maka ikutlah resmi burung hud-hud dan tanya padanya (mengikut sifatnya) supaya tidak sesat menuju jalan kebenaran.
Penulis Lirik Tanya Sama Hud Hud
Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura, dia sendirian berkelana ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, mengikut ajaran Tasauf dan menjadi kutu rayau, perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.
Pengalaman hidup loloq (Rosli Khamis) seperti di atas banyak menjadi 'projector' untuk muncul lirik-lirik lagu lagenda sebagaimana lagu tanya sama itu hud hud nyanyian m. nasir.
anda fikir anda tahu Maksud Tersirat Dalam Lirik Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud M.Nasir ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum...
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri