Kenaikan Harga Tol serta Jangan Balik Kampung Bila Raya Untuk Jimat Usaha Halang The Fifth Estate



Kecerunan sumber maklumat antara bandar dan kampung di Malaysia kian bertambah sudutnya sehingga menghampiri sudut 90 darjah. Perbezaan penyampaian maklumat (sahih atau tidak) seakan-akan telah di rancang cara penyebarannya demi kepentingan kehidupan golongan kapitalis yang semakin membiak dengan resmi cendawannya nun di sana sekitar putrajaya. Pelbagai modus operandi telah dilancarkan secara tersirat bagi menyekat kemaraan sumber maklumat. Begitu ketara jika dibandingkan isu semasa yang masih mentah dan sudah diolah kepada golongan tertentu.

Terima kasih kepada wujudnya medan media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog mahupun Instagram. Melalui media sosial tersebut maka apa yang diperjuangkan oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange iaitu The Fifth Estate mampu berkembang biak meskipun masih lagi dikawal oleh golongan kapitalis. 

The Fifth Estate berfungsi sebagai satu platform diantara kebenaran dan juga penipuan bagi menutup sesuatu konspirasi demi kepentingan organisasi mahupun individu. Dengan ayat mudahnya the fifth estate adalah kebebasan maklumat (raw material) untuk sampai ke cuping telinga mahupun retina mata setiap individu tanpa tapisan sebelum ditapis oleh otak penerima itu sendiri. Namun, apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia khususnya, begitu besar jaraknya untuk membolehkan setiap otak 30 juta rakyat Malaysia menerima sumber maklumat. Golongan yang menetap di bandar beruntunglah masih mampu memperoleh maklumat isu semasa dan segala konspirasi jahat puak kapitalis, namun, bagaimana pula dengan golongan yang tinggal di kampung-kampung yang hanya bergantung kepada berita-berita jam lapan yang sudah ditapis dan disaring oleh puak kapitalis ini ?

Golongan yang mendapat kurang sumber inilah yang akan dijadikan batu loncatan untuk meneruskan legasi penipuan kerana golongan ini hanya mendapat sumber yang sudah diolah skripnya bagi menjadikan sumber asal sudah lagi tidak berguna untuk dibahaskan lagi.

Harga internet yang melambung

Internet merupakan senjata utama untuk mendapatkan sumber mentah (raw material). Menghadkan penggunaannya terhadap netizen merupakan kaedah utama bagi memutuskan pengaliran sumber kepada netizen.


 Setelah ditekan dengan pelbagai kos sara hidup yang membebankan, kos untuk mendapatkan sumber internet juga harus dinaikkan kosnya supaya golongan berpendapatan rendah sukar untuk mendapatkan sumber maklumat yang masih belum diolah sebagaimana yang telah diolah oleh penyiar-penyiar konvensional yang telah ada. Itu bagi golongan berpendapatan rendah, mereka menghadkan sumber internet dengan kos untuk mendapatkan internet, bagi netizen yang berpendapatan sederhana pula mereka mencari jalan bagi menghadkan data yang diperoleh secara senangnya kelajuan internet itu sendiri. 

Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain kita sebenarnya mampu mempunyai sumber internet yang murah dan meluas rangkuman penerimaannya. Terlalu ketara bahawa golongan kapitalis yang berpaksikan jabatan telekomunikasi tertentu bagi menghadkan sumber untuk sampai kepada netizen.

Nak Jimat Jangan Balik Kampung


Isu jangan balik kampung yang amat popular ketika ini. Jika difikirkan berkali-kali agak bodoh pemikiran seorang yang digelar seorang 'pakar' analisis kewangan. Jika penyanyi asal lagu balik kampung Allahyarham Sudirman hj Arshad masih ada, tentu dia kecewa kerana apa yang digirangkannya di dalam lagu tersebut menjadi suatu kekangan untuk terus hidup di muka bumi ini.




Sememangnya anjuran tersebut bertentangan dengan apa yang sepatutnya namun demi menunjukkan kebodohan para kapitalis ini maka boleh terkeluar dari mulut seorang yang di atas kertasnya seorang yang pakar dalam mencari solusi. Adakah ini merupakan salah satu helah supaya masyarakat bandar tidak boleh menceritakan kisah sebenar kepada masyarakat kampung tentang situasi semasa yang sedang berlaku ?

Kadar Bayaran Tol akan Meningkat

Salah satu usaha mengekang daripada penyebaran the fifth estate yang agak masyhur di Malaysia. Jika dibandingkan dengan kos penyelenggaraan lebuh raya apa la sangat. Jika diperhatikan tidak memerlukan dana yang besar untuk membaiki jalan, memasang kon oren, meletakkan patung tangan melambai-lambai namun selama 24 jam tiada henti-henti jurutol menagih simpati rakyat dengan meminta tol. 

Apakah konsesi bertahun-tahun masih belum tertunai ? atau sekadar side income kepada puak kapitalis yang hanya duduk menunggu wang masuk ke dalam akaun masing-masing ataupun sememangnya menaikkan harga tol sebagai langkah menghalang dari golongan bandar bertemu mata dengan saudara di kampung menceritakan perit getir hidup di bandar dalam cengkaman puak kapitalis?

anda fikir anda tahu Kenaikan Harga Tol serta Jangan Balik Kampung Bila Raya Usaha Halang The Fifth Estate ?

anda fikir sekali lagi....

assalamualaikum....
     

Catat Ulasan

0 Ulasan