Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa


"Perkara Membatalkan Puasa"

Puasa dalam islam bukan sahaja menahan lapar dan dahaga dari mulanya fajar matahari dan hilangnya matahari di ufuk barat. 


Perkara Membatalkan Puasa
Perkara Membatalkan Puasa


Pelbagai perkara yang perlu dipatuhi untuk mendidik bukan sahaja fizikal tetapi nafsu dan akal sebagai seorang manusia yang sebebnar-benar makhluk berakal.


Perkara-perkara sunat puasa:
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Hari-hari sunat puasa:
a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura)
d) 6 hari pada bulan Syawal
e) Hari Isnin dan Khamis

Hari-hari diharamkan puasa:
a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Puasa bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi puasa terdapat di dalam bulan-bulan tertentu yang memiliki pelbagai rahmat disebaliknya. Semua syariat telah disampaikan melalui Al-Quran, As-Sunnah atau pun dari Al-Hadis. 

Sebagai seorang ahli sunnah wal jamaah yang sememangnya mengikut ajaran islam sebenarnya, pelbagai hukum dan cara dalam puasa perlu dipatuhi, sunat dipatuhi dan haram dikuti.

Anda fikir anda tahu Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum.





Catat Ulasan

0 Ulasan