Reality Show Malaysia Ketandusan Piers Morgan, Simon Cowell, dan Gordon Ramsay


Sesungguhnya Malaysia juga turut bergiat cergas dalam bidang 'reality show' tetapi mungkin sudah menjadi trending atau typical, bukan melayu sahaj, tapi malaysian, suka berdrama a.k.a kuat berdrama senang kata 'drama king'.

Disinilah letaknya mengapa Singapura lebih dikenali dari Malaysia, sebagaimana yang pernah gua katakan sebelum ini jika kita terlalu typical dan typical itu menampakkan kelemahan kita maka senang lah orang judge sesebuah komuniti itu.

Sebagaimana tajuk diatas, kita memang ketandusan bakat-bakat pengkritik yang rare-able seperti di atas yang jenis cakap terus terang yang memang mengikut maksud 'critic' itu sendiri bukan hanya semata-mata maksud kritik dari wikipedia yang boleh diedit oleh sesiapa sahaja tu.

Memang ada di Malaysia yang jenis cakap terus dan tanpa berselindung tetapi 'tidak jantan' la pulak. selalu juga keluar bab-bab drama ni, tidak padan dengan lelaki dan sudah berusia tetapi terlalu senitmental ke? Ye tak Azwan Ali.

Dari bermulanya One In A million dan sekarang popular dengan Masterchef serta Kilauan Emas, gua tengok reality show malaysia tetap dikategorikan sebagai genre 'drama'. Tanpa air mata bukan lah reality show malaysialah namanya.Ya, memang reality show diluar pun ada air mata tetapi tidaklah se trending reality show kegilaan rakyat malaysia ni.



Sebenarnya secara halusnya benda sentimental macam ni okay, drama seperti ini sebenarnya merupakan salah satu pengaruh yang sering diikuti trend masyarakat malaysia. Drama bukan hanya dikontekskan sebagai menangis dan sentimental sahaja, tetapi dalam bab lain misalnya bab merintih, meratap dan mengeluh juga boleh dikategorikan sebagai drama.

Ada facebook? Ada ramai gadis-gadis 'baru nak up' dalam friend list ? Mesti anda akan faham..... Meratap dan Merintih di Facebook

Mentaliti drama inilah yang menyebabkan ramai golongan muda-mudi kita terutama mudi la yang sudah di'hack' mentalnya, lepas clash ngan boifren mengadu, merintih, meratap sanan sini dan ada yang jenis syaitan asyik bergantung pada rambut yang tidak bertudung tu diheret untuk membunuh diri.

Kerana apa semua ini? Kerana mentaliti drama ni la, tu la syik sangat layan akademi fantasia...

Mungkin kita tidak nampak sebenarnya, ada yang berkata apa kaitan dengan drama di tv dengan kehidupan seharian.Jika diperhatikan dengan mata kasar memang tidak nampak kesannya tetapi jika di 'mikroskopi' dengan teliti ada pengaruhnya apa tidaknya, kita sering set kan di kepala dengan benda-benda lembik dan drama sebegini, mental pun tidak kuat.

Maka perlu la kita mempunyai spesis seperti piers morgan., simon cowell, gordon ramsay.Di malaysia bukannya tiada cuma sudah dan baru pupus, mungkin ada yang tidak kenal akan Paul Moss, dia jenis yang lantang cuma seringkali di boo dan tidak diberi peluang untuk terus mengkritik secara terus terang.


Percayalah orang malaysia adalah orang paling manja di dunia, gua sumpah leh kata sekecil-kecil negara singapura orang kenal tetapi malaysia orang tidak kenal.Mohon zed zaidi hentam gua haha.

Sampai bila-bila pun gua takkan jumpa ada satu reality show di malaysia tanpa banjir setiap episode dan ada la sorang dua yang akan hentam macam-macam bukan hanya puji, tegur tapi puji.Ahh mana ade orang tegur sambil puji.Hipokrit semata mata krit krit krit..

"mat luthfi dan najwa latif tak matang"

Dari penulis Critics Makes Antics

anda fikir anda tahu Reality Show Malaysia Ketandusan Piers Morgan, Simon Cowell, dan Gordon Ramsay ? Anda fikir sekali lagi..

Assalamualaikum..

Catat Ulasan

0 Ulasan