..yang sememangnya tidak bertudung sebenarnya adalah lebih tidak baik dari yang bertudung meskipun dia sememangnya baik lah sangat dihatinya pun. Menutup aurat termasuk bertudung memang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t kepada umat islam.
Firman Allah a.w.j
1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
Di atas adalah antara firman Allah dengan kata lain PERINTAH DAN SURUHAN Allah, maka SEWAJIBNYA lah kita sebagai hambaNya kena patuh dan ikut. Kalau kita sudah sedia maklum barangsiapa yang tahu tapi tidak mengikutnya termaktublah kita dalam golongan kufur dan munafik sudah boleh ditafsirkan sebagai kafir
Contohnya lah, jika anda seorang secretary a.k.a setiausaha, jika bos menyuruhnya berbuat sesuatu tetapi dia tidak mengikutnya walaupun dia sudah tahu yang itu tanggungjawabnya marahlah bos tersebut, inikan pula Pencipta kita iaitu Rabbul Jalil, Allah s.w.t
Orang islam (pada nama) sepatutnya memang sudah tahu yang menutup aurat (disini bertudung) adalah suruhan dariNya tapi boleh lagi berkata
"yang pakai tudung pun bukannya baik sangat"
Ya memang, tapi anda terang-terang sudah kufur dan mungkin kerana syaitan yang sedang bersuka ria bertenggek dan bergantung pada setiap helaian rambut anda yang tidak di tutup itu akan 'merasuk' anda untuk menjadi seorang wanita/gadis yang sanggup mengeluarkan perkataan seperti 'babi' dan sebagainya
Yat Bertudung dan Juga Fan Arsenal lalalalala
Ingatlah perempuan yang tahu akan menutup aurat bagi perempuan itu wajib tetapi buat-buat tak wajib sambil mengatakan alasan seperti di atas, itu sudah beerti anda tahu yang menutup aurat itu wajib tapi anda mengingkarinya itu lebih hina dari yang bertudung tetapi mungkin melakukan kesilapan...
beruntunglah lelaki yang memiliki wanita yang menutup aurat luaran serta "dalamannya" dari di 'hack' syaitan laknatullah..
sesungguhnya amat sukar untuk mencari yang sempurna tetapi semestinya kita tidak boleh menjadi orang lain tetapi kita boleh menjadi yang LEBIH BAIK
anda fikir anda tahu Memang Perempuan Pun Bukan Baik Semuanya Tapi...? anda fikir sekali lagi...
assalamualaikum...
5 Ulasan
baik x baik menutup aurat tu wajib..
BalasPadambertudung hendak bersopan ..
BalasPadambenda wajib jgn bagi alasan la..setel..
BalasPadamSudilah berkunjung ke www.rajamenangis.com yg membicarakan sejarah, warisan dan budaya Tanah Melayu, kesultanan Alam Melayu, mengkaji aspek-aspek Kesultanan Melayu dulu dan kini, adat istiadat istana, adat resam Melayu, kefahaman, kepercayaan Melayu-Islam, konsep kedaulatan dll.
BalasPadambertudung tidak wajib
BalasPadammenutup aurat tu wajib. perintah ALLAH wajib keatas kita melaksanakan. ikutlah nak tutup dengan apa pun. janji jangan membalut aurat pulah iye.
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri