Gua sebenarnya malas nak fikir pasal politik malaysia yang sering "cah keting" antara satu sama lain, pembangkang dan pihak kerajaan. Kini timbul pula isu hubungan diplomatik malaysia-israel.
Gua tahu Malayisa "memang" tiada hubungan diplomatik dengan israel itupun bukti dari buku merah (passport) gua la, itu yang tersurat tapi yang tersirat tiada siapa yang tahu kecuali Allah s.w.t.Gua bukan mau menuding kepada mana-mana pihak. Memang jelas israel tu adalah musuh kepada umat islam, oke, sebenarnya yahudi yang menghuni israel adalah musuh islam, musuh yang wajib ditentang dari zaman mereka menolak nabi sendiri lagi.
Apa yang mengganggu kepala otak gua yang hanya memiliki sijil ini, bila gua tertengok satu temuramah seorang menteri di berita terkini tadi, iaitu juga merupakan senegeri dengan gua. Gua amat pelik dengan kenyataannya tadi yang berbunyi..
"Kerajaan malaysia memang tidak mengiktiraf negara israel tetapi kita ada hubungan perniagaan dengan israel..bla..bla..bla..."
Sesiapa yang bukan mempunyai degree mahupun diploma dalam bidang politik pun boleh pelik dengan kenyataan ini. Apa maksud tidak diiktiraf ? Menggunakan kepala otak gua yang berjambul ni iktiraf akan berlaku jika kita menyokong kewujudannya, dalam episod ini negara israel itu sendiri. Bagaimana kita boleh membuat perniagaan/perdagangan dengan negara yang kita sendiri tidak mengiktirafnya. Jika tidak iktiraf, kita anggapnya tidak wujud, tapi boleh pula menjalinkan hubungan perdagangan.Adakah berdagang dengan hantu?
Apa yang didagangkan antara malaysia-israel gua tak amik port sangat kerana anda sendiri boleh mencarinya pada blog-blog politik. Apa yang peliknya statement menteri tersebut menampakkan ketidakmatangan dalam berfikir. Gua kini mula goyah dengan kerajaan sekarang jika statement/hujah diberikan bercanggah jika dinilai tanpa rasa taksub pada mana-mana pihak
Sebenarnya untung jadi yang diatas pagar ni, kalau dalam counter-strike ia dipanggil spectator. Kita boleh nilai sendiri yang mana cuba mengelentong, terkelentong dan dikelentong. Gua percaya yang diatas pagar seperti gua nu bukan spesis lalang tapi masih keliru dalam "memahami" kerenah politik malaysia ni
Namun, kuasa mereka hanya akan terserlah bila pilihanraya tiba...
Renung-renungkan..jangan diamal sangat..
Anda fikir anda tahu Kerajaan Malaysia Tidak Iktiraf Negara Isarel Tapi Kerajaan Malaysia.....? Anda fikir sekali lagi..
Assalamualaikum...
4 Ulasan
Ustaz Hadi kata tak kesah berniaga dgn Yahudi.. tak ada Masalah.. Ulama yg ckp ni. hhuhu
BalasPadamjika seseorang tidak diiktiraf memiliki degree/sijil, adakah ilmu yang ada padanya juga tidak boleh kita gunakan???
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam@Tanpa Nama
BalasPadamTak apa berniaga dgn yahudi.. Rasulullah juga pernah berniaga dgn yahudi, dan berbuat baik pada jiran yahudi...
tp tengok juga yahudi jenis macam mana yg dekat israel tu..
diorg rampas tanah dan bunuh saudara seIslam kita... wajiblah kita perangi kafir harbi..
Walau kita tak berani nak hantar tentera menentang mereka, sekurang2nya kita tak iktiraf kewujudan negara haram Israel.
jgn bagi muka.
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri