Kontroversi: Lagu Luahan Hati Kristal dan Apit


Dalam pada sedang melihat 'inbox' di akaun youtube sendiri gua ada tiba-tiba tertekan satu muzik video yang bertajuk 'Kristal - Luahan hati (MTV) Dis' 10'.Layan kepala otak sebelah kiri best jugak gua cakap kat diri sendiri, ye tak diri sendiri? ya ya kata diri sendiri.



Kristal - Luahan hati

Seperti biasa kalau gua nak tengok sesebuah video gua akan tengok description dan komen dari youtubers dulu kat bawah.Gua pernah terkena banyak penipuan dari tajuk ni, tulis '2012 the movie full' tapi letak ceramah bible dan sebagainnya jadi setelah belajar dari pengalaman lalu gua tengok description dan comments dulu.

Sudah menjadi kebiasaaan mungkin video dari malaysia ni ramai sahaja yang mudah 'butthurt'.Hari tu masa gua layan video 'Exists - Seperti Dulu', timbul jugak isu yang sama.Jenis yang pandai menaip tapi otak letak kat tandas, mungkin.Banyak komen yang mengatakan isu ciplak lagu dan 'tiru gaya artis' oke, ayat ni tak berapa sesuai.

Mungkin ada yang tak kenal kan sebuah band pop sekitar tahun 90-an yang bernama 'Rialto' yang menyanyikan lagu 'monday morning 5:19' (boleh tahan jugak lagu ni.Dikatakan exist meniru lagu ni dari lagu tersebut menjadi lagu 'seperti dulu'




Walaupun gua ni cetek pasal muzik, lagu dan copyright tapi gua tahu akan isu hakcipta ni.Memang sudah bernama melayu mungkin 'ketaksuban','mudah tersinggung' dan 'hentam keromo'.Itulah masyarakat kita.main redah sahaja cakap dan komen tapi sebenarnya dalam otak kosong.

Tak kira 'rialto','exist' mahupun 'kristal' mereka bukan 'berhosting' sendiri mereka mempunyai label iaitu syarikat rakaman.Syarikat rakaman bukan hanya tertumpu kepada bagi artis di bawah naungan dia lagu, dah tu ko pergi nyanyi oke nah amik royalti ko.Kalau macam tu gua boleh bukak studio rakaman.

Copyright dan hak paten dalam muzik juga diselia dan dipantau oleh label atau syarikat rakaman.Gua baca beberapa komen 'bodoh' dari orang kita pada video 'Kristal- Luahan Hati' duk kaitkan isu originality, butthurt dengan kumpulan kristal yang kumpulan kristal ni ciplak lagu dari apit.Apit mana entah gua tak tahu, tapi gua kenal lagu ni dari kumpulan kristal.

Cuba tengok pada permulaan video ada terpampang nama label 'universal music malaysia' dan description video, lirik dan lagu (copyright control).Apa maksudnya tu. memang tak sepatutnya timbul isu yang nak sampai hentak situ hentak sini bagai.Ingat sesebuah label tu a.k.a universal music disini yang besar jugak syarikat rakaman ni tak tertakluk kepada 'akta hakcipta 1987',ni akta malaysia, lagipun universal ni dibawah universal studio,hollywood.Ape ke bangang kalau diorang saja-saja main ciplak lagu orang.

Oleh itu, tidak perlulah ada 'comments' kat bawah tu pasal, ni lagu apit, oh ni ciplak, oh ni kristal suka ciplak lagu dan macam-macam lagi.Kalau duk bincang pasal mana si budak rudy (lead guitar kristal) tu dapatkan guitar hello kitty pun oke.

Tu la nak kata mentality kelas ketiga sudah jatuh ke mentality paleolitik.Dengan anon di blognya dan dengan mentality di saluran internet lainnya.Lupakan wawasan apejadah 2020 tu.Cuba wawasan 3030 lak.

Di pihak apit juga sebagai orang yang original maker, music is all about promotion, kalau tanpa label susah nak hidup jadi anggaplah ini sebagai promote bakat ko.Band indie pun sepuluh tahun paling koman baru dikenali.Dengan adanya 'cover' macam ni macam catalyst la jugak untuk sesebuah lagu tu naik.Korang semua (youtubers malaysia) memang sengaja kan tunjuk kebodohan di internet, kalau nak tahu si indon tu duk cari peluang sahaja.

Layan sudaaa..

Lagu dari kristal lagi baik dari lagu asal.....


Kristal - *Luahan Hati

*Lagu ni mengingatkan kisah aku dengan seseorang, dia pun minat mora danish dan hello kitty hahaah

anda fikir anda tahu Kontroversi: Lagu Luahan Hati Kristal dan Apit? anda fikir sekali lagi..

assalamualaikum...

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. memg larh lagu nie dari APIT .
    Kristal pun dah mintk kebenaran larh.

    BalasPadam
  2. memg larh lagu nie dari APIT .
    Kristal pun dah mintk kebenaran larh.

    BalasPadam
  3. Apit tu sape? tp kristal nyanyi best..

    BalasPadam
  4. apit tu penyanyi singapura..
    underground je rsnya..
    try cri kt youtube

    BalasPadam
  5. ekeleh...da mmg kristal pnciplak...aku rse lagu asl ag best dri kristal nyanyi..dala men ubah lirik krstal ue..xsdap lngsung...

    BalasPadam
  6. 1st time aku dgr lagu luahan hati ni dr apit dlm thun 2010..x sangka lak d nyanyikan oleh kristal..apa pun 2 2 best..

    BalasPadam
  7. lgu ni telah wujud sejak tahun 2008..huhuu..dr mana asal nya lgu ni eyh..hihii..
    http://www.youtube.com/watch?v=ozPbp-tBKeo

    BalasPadam
  8. @Tanpa Nama

    btul tu..apit penyanyi asal lagu ni..

    BalasPadam
  9. mengarut, tak tahu ape2 diam,, apit tu penyanyi asal yang nyanyi lagu luahan hati.. kristal cuma pulih kan lagu tu.. macam olan, die buat lagu baru tapi lirik dan melody yang same...

    BalasPadam

Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri