Terima kasih lagi kepada Mamat Khalid yang pandai bermain keybod ketika gelanggang maharajalawak minggu 3 pada jumaat lepas.Tanpa beliau tiada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), tanpa HKLBR tiada watak usin, tiada watak usin tiada scene menyanyi lagu stanza sepi sekeping hati.
Aku boleh bet yang jika tiada scene di mana watak husin menyanyikan dua patah bait lirik lagu stanza sepi sekeping hati tidak akan ada anak muda sekarang yang akan tahu kewujudan lagu tersebut yang dipopularkan sekitar tahun 1989-awal 90-an oleh Ben Nathan atau nama islamnya Ben Adam yang juga seangkatan dengan Ibnor Riza, Nasier Wahab, zamri dan Shidee.
Orang zaman dulu punya suara memang terbaik walaupun kurang pakej personaliti, sekarang semua suara dah tak guna janji kacak dan comel serta seksi dan boleh jadi artis.
Orang zaman dulu punya suara memang terbaik walaupun kurang pakej personaliti, sekarang semua suara dah tak guna janji kacak dan comel serta seksi dan boleh jadi artis.
Ke mana ben nathan menghilangkan diri?
KISAH 100 tahun dulu jangan diungkit-ungkit, aku lebih suka bercakap tentang projek aku sekarang.
Kisah-kisah dulu, orang boleh bercakap, tapi... apa buktinya? itu reaksi penyanyi Ben Nathan kepada Hits ketika ditanya mengenaikehilangannya yang begitu lama dari dunia seni sejak akhir 1990-an.
Tempoh kehilangan penyanyi itu pernah dikaitkan dengan dakwaan kononnya dia mengalami tekanan jiwa.
Penampilan Ben, penyanyi yang pernah mencuri hati para peminat senisuara hujung tahun 1980-an dengan lagu popularnya, Stanza Sepi SekepingHati dan Penantian Satu Ilusi kini amat berbeza berbanding dengan zamankegemilangannya dulu.
Bagaimanapun, suaranya masih enak didengar ketika dia menyanyikan lagu itu semasa ditemu ramah.
Dengan dua buah lagu popular itu, Ben atau nama Islamnya, Ben Adam,45, bekas artis Guntur Rekod berjaya mencipta nama di persada senitanah air sebaris dengan penyanyi popular ketika itu seperti NassierWahab, Zamri, Shidee dan Ibnor Riza dengan lagu-lagu berirama baladadan cinta.
Dalam pertemuan selama sejam itu, Ben ghairah bercerita mengenaiperancangannya dalam bidang seni suara yang dianggap sudah begitusebati dengan dirinya.Aku tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya aku sentiasa berusaha untuk kembali dengan lagu-lagu baru.
Setahun dulu aku ada rakam lima lagu di sebuah studio di Johor dengan penerbitnya, Jeya Rahman.
tapi, bila dia meninggal dunia aku tak tahu apa jadi dengan lagu itu, mungkin master tapenya sudah dijual.
Selepas itu, awal tahun lepas melalui Iedet Production aku dahrakam tiga lagu untuk album terbaru aku,rancak Ben bercerita mengenaiprojek seni yang sedang dirancangnya.
Tiga buah lagu yang telah dirakamkan di Studio Iedet Production ialah Kenangan Silam, Tidak Ku Duga dan Cik Bedah.
Menurut Ben juga, lagu-lagunya kali ini menyentuh isu semasa tanah air dan masyarakat di samping lagu-lagu berunsur cinta.Masa berlalu dan manusia berubah. Aku rasa dalam usia begini selainlagu-lagu cinta, aku juga mahu nyanyikan lagu-lagu yang bakal menjentikminda generasi hari ini
Aku yakin lagu-lagu aku dapat mencuri hati pendengar kerana iramasentimental dan balada memang begitu dekat di jiwa masyarakat Melayudan peminat aku,katanya penuh yakin.
Menurut Ben, proses rakaman albumnya akan disambung tidak lama lagidan sebagai penyanyi dia tidak sabar menunggu untuk bertemu denganpeminatnya.
Memang aku ada dapat undangan menyanyi. Malah Mas Omar (PengarahPromosi/ Promoter Masa Entertainment) ada juga undang aku menyanyi,tapi aku tak mahu.
Buat apa aku menyanyi lagu lama aku. Nanti bila album baru akukeluar orang tak mahu beli. Aku hanya akan menyanyi apabila album akusiap, kita mesti pandai mengatur strategi, Ben mendedahkan rahsiaperniagaannya.
Jelas Ben, selain urusan rakaman dia juga sibuk dengan kerja lainyang mana semuanya akan membantunya menuju ke arah dunia seni yanglebih terjamin.
Apabila ditanya apakah projek lain selain album, tanpa ragu-ragu Ben berkata;
Aku ada banyak projek tapi semuanya rahsia. Aku tak boleh beritahunanti orang lain curi projek aku, ujarnya menyambung perbualan.
Ben yang kini menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor ketika ditanya mengenai apa yang dirinduinya selama menyepi dari bidangseni menjawab:Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dulu. Tapi nak buat macam mana mereka semuanya bawa diri masing-masing.
Aku baik dengan Datuk Shake tapi dia pun tak ada di sini, aku kenal dengan Datuk Khadijah Ibrahim tapi dia sibuk. Aku juga pernah menyanyidengan Mazuin Hamzah tapi entah ke mana dia.
Aku harap bila album baru aku keluar berjudul Setitik Darah YangBerharga, peminat-peminat aku akan menyokong dan membelinya. Hanyadengan itu sahaja, aku dapat terus menyanyi, kata Ben penuh mengharap sebelum dia meminta diri untuk beredar.
muzlina.bakar@utusan.com.my
Ramai yang berkata dia gila dan ada masalah mental sebab itu dia telah 10 tahun lebih menghilangkan diri.Kebanyakkan juga ada yang menemuinya di sekitar kuala lumpur, bukan kuala lumpur sangat la belah-belah petaling jaya sana nun...
Kebanyakkan cerita dan info yang diberikan adalah kawasan yang pernah aku tinggal dahulu, aku pernah tinggal dekat flat sebelah stesen LRT Universiti tu (selalu layan suara awek, next station Universiti haah).Selalu beli goreng pisang yang tak sedap tepi kaki lima tapi tak jumpa pun dengan ben ni.mak cik jual air masih berhutang 50 sen dengan aku ketika tunggu bas rapid kl kat situ haahah.
Area pantai dalam aku pernah lepak jugak ketika ada medical check-up dulu tumpang rumah membe sambil di bawa makan oleh kawan blogging.Tak pernah jumpa jugak.Central market banyak kali kot aku lalu ketika tunggu bas E berapa entah kat pasar seni nak pergi putrajaya, layan basking kojap haha.
Kenapa aku kalut nak membunuh kucing (curiosity killed the cat) nak tahu ni?
Video Penemuan Ben Nathan Pada sekitar Oktober 2014
Updated 2017
Terkini ramai yang mengatakan kelibatnya sering ditemui di sekitar brickfields dan jalan bangsar berseorangan.
Penyanyi legend terpinggir, penyanyi mee segera disanjung.Jangan sampai sebagaimana allayarham ujang samudera mati keseorangan dalam keadaan kekurangan baru kita ambil peduli
Setelah hampir 6 tahun post ini di publish (2011) maka episode pencarian penyanyi terkenal 80-an Ben Nathan (Ben Adam) sudah ditemui dan berkemungkinan hidupnya akan mula berubah dengan bantuan orang ramai dan dj dave. Sekembalinya ben nathan mungki boleh menjadi mentor kepada artis sekarang yang tumbuh dengan segera bakat tiada.
Mana tahu suatu hari dia mampu menjadi juri untuk Anugerah juara lagu akan datang dan komposer ternama. Tahniah.
sumber: Facebook
Harian Metro
Anda fikir anda tahu Di Mana Sekarang Ben Nathan Penyanyi Lagu Stanza Sepi Sekeping Hati?
Anda fikir sekali lagi....
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
33 Ulasan
Kak Jie masih cam dan ingat Ben Nathan ni...weahh..bukti betapa muda remajanya Kak Jie
BalasPadamtak nk ngaku tu
lagu beliau penah le dengar kot.. tp beliau.. akak tak kenal.. huhu
BalasPadambest lagu dia..
BalasPadamsora sedap..
Lagu stanza sepi sekeping hati tu sangat best.... Suka suka suka.....
BalasPadamdni pun tatau hehe
BalasPadamdgr citer dia dh gilakn...kesian gak....
BalasPadamlagu ni top masa aku dajah dua.
BalasPadamhuhu... nape aq baru kenal dia nie :P
BalasPadamade jer die kat pantai dalam...slalu jer...cume kurang waras jer...jln kaki jer ke mane2...kalu nmpk die lalu lalang kat tepi highway NPE..rambut panjang,pakai topi,kmeja coklat..2 die la 2...
BalasPadamsy baru jer nmpk ben nathan kt kl sentral.segak cam rocker dulu2.
BalasPadamKALAU NAK JUMPA BEN NATHAN,DIE SELALU ADA DI AREA KEDAI TEPI SUNGAI,JALAN BONOS,DEKAT MASJID INDIA...SELALU NAMPAK DIE KAT SITU
BalasPadamgila ke Ben Nathan ni? Atau sekadar mencari ilham?
BalasPadamApapun yg orang cakap pasal Ben Nathan ni, pada saya dia tetap hamba Allah dan insan lemah macam kita jugak...cuma takdirnye begitu...cuba letak diri kita dalam keadaan mcm dia...fikirkan sejenak...hayati bait-bait lagunya............ermmm..syahdu kan? Inilah dunia...segalanya sementara je..saya doakan agar Allah permudahkan segalanya bagi Ben Nathan meneruskan hidup...semua yg diperlihatkan Allah tu ada hikmahnya...Amin..
BalasPadamApsal ramai sangat yg ambil berat kat Ben Adam ni? Penyanyi lain ada juga papa kedana, sakit yg lebih teruk, tkde pun orang kecoh-kecoh? Mmg rezeki dia la. Walaupun dah 'out', orang masih dok ingat dan beriya nak membantu. Ramai plak tuuuu. Dah bantu ke belum?
BalasPadamMet him last friday at Masjid Negara during our routine soup kitchen.
BalasPadammmg dia selalu ada kat area pantai dalam..jalan laju aje..tak tahu mana arah dia nak tuju..tapi pakaian sempurna takda koyak2..cuma dia ada personaliti lah nampak ada stail walaupun org nmpk dia mcm x terurus. aku nak tau jgk mana dia tinggal dan macamana dia dapat makanan. ..sebab selalu nmpk dia pgg plastik tapao ngan air ikat tepi..mgkn ada restoren yg bermurah hati bg dia kot..wallahualam..
BalasPadamDah Aku kj area msjd india thn 93-94 dulu (dah 20 tahun) pun dh nmpk dia kt bus stop.. masa tu tk tahu brp lama dah dia jd cam ni.. Moga diberkati Allah
BalasPadambaru nampak smlm kt area kl sentral..
BalasPadamSEMINGGU LEPAS I JUMPA DIA KAT BRICKFIELDS..........KESIAN TENGOK DIA......SEHINGGA I MENITISKAN AIR MATA.HOPE GOD BLESS HIM.
BalasPadamkalau diaorang nak sangat tengok abg ben,datang lah kedai bazaria pak yop tip top pantai dalam..dia selalu bungkus sini
BalasPadamkadang2 tu ada gak dia lepak kat masjid india ni. lepak ngan pcik jual cincin kat bawah tu.best lagu nye, tpi syg np dia mcm tu arr. hmmm
BalasPadambetul-betul.. ben memang ada di pantai dalam. baru jumpa dia. tapi dia xnak dekat dengan orang. apa lagi tangkap gambar. kesian lah...
BalasPadamkalau jumpa ambik gambar masuk FB...
BalasPadamBen Nathan masih ada lagi,selalu ada di sekitar Central Market. Memang nampak tidak terurus tapi kita pun tak tau apa masalah dia.Dia tak kacau orang sebab bila orang panggil dia,dia angkat tangan..mean dia ok maybe penampilan sahaja..who knows..?
BalasPadamTeringat masa berselisih jalan kat Bangsar.. cool je Ben... respect....
BalasPadamsatu video terkini yang di upload dekat facebook, membuatkan aku mencari info dan terus sampai ke sini
BalasPadamI br nampak ben jln dekat muzium negara..pakai black jaket..
BalasPadamsaya terjumpa Ben Nathan dalam bas kat Bangsar..kawan saya ckp dia otw pegi kerinchi (skg Bangsar South) ..beliau selalu berlegar-legar di kawasan itu.
BalasPadamJom tgk Ben Nathan skrg... (TERKINI)
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=tfwZRM2nOr8
Mungkina ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ben dan beliau taknak orang lain ketahui masalahnya
BalasPadamAku baru masuk ke alam dewasa.
BalasPadamLagu-lagu dia muncul 10 tahun sebelum aku lahir.
Tapi aku selalu je dengar lagu-lagu lama even yang tak muncul kat cerita or radio pun.
Ramai je budak baya-baya aku yang layan lagu lama.
Cikgu saya pernah cakap rambut saya macam rambut Ben Nathan...waktu tu saya Form 4...tahun 1992....Cikgu tu pun dah meninggal.....Sediah sangat2 nasib Ben Nathan jadi mcm ni.....
BalasPadamBerita terkini,, Ben Nathan telahpun dijumpai di Brickfield oleh Malay Mail Reporter Murali Arumugam pada 1/2/2017. informed keluarga Ben, dan Datuk DJ Dave.. Ben dipujuk untuk pergi ke hospital untuk ujian kesihatan.... nantilah kita tingu apa kesudahannya. Syukur kepada Tuhan semua berjalan lancar
BalasPadamSemua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri