Heaven Budak Kampung Ketika Musim Banjir




Hujung-hujung tahun macam sekarang ni di bahagian pantai timur sana kelantan dan terengganu serta pahang bermula la musim bah atau hujan.Jika dahulu semasa aku kecil-kecil musim hujan merupakan suasana yang paling heaven.Tambah-tambah lagi dengan musim cuti sekolah yang panjangnya.

Bagi orang tua ini la musim berhibernasi dengan makan ubi kayu bakar cicah kelapa dan air kopi o pekat.Itu bagi orang kampung macam aku la.Bagi orang kaya pulak mungkin berhibernasi dengan teh o dan biskut meri (nampak kaya sedikit).Di temani bunyi katak yang sedang panggil hujan, pergh suasan itu buat aku rasa nak kembali ke zaman dulu.

Jika dahulu senang je kalau aku nak tahu bila musim banjir nak tiba, jika ada anak-anak katak yang berwarna hitam mula melompat-lompat di atas simen umah aku tu tandanya banjir akan bermula.

Seingat aku dulu jika hujan berpanjangan dua-tiga hari pasti ada satu hari yang hujan akan berhenti tapi matahari tetap takkan keluar.Pada masa inilah merupakan heaven dan hell bagi aku dan kawan-kawan.Di hadapan rumah aku terdapat dua bidang sawah yang di tinggal yang dahulunya menjadi tempat ayah dan ibu aku menanam padi.Tapi sekarang sudah terbiar.

Apa yang heavennya?Biasalah kalau musim-musim hujan ni selain dari aktiviti berendam ada satu lagi aktiviti yang memang cukup aku gemari iaitu menjadi 'nelayan' dengan bahasa latinnya mencari ikan.

Di zaman kanak-kanak hanya ada dua sahaja jenis ikan yang di gemari di kampung aku, dan dua bidang sawah aku tu memang menjadi pesta bagi penggiat 'seni' ni.Bagi beginner, menangkap berudu merupakan aktiviti yang sememangnya lazim terjadi.Naik stage tinggi sikit tangkap anak sepat,anak cotek (ikan di atasnya bersinar)

Dan bagi golongan expert pula ikan ini menjadi sasaran....




ikan karin (ikan laga)..
saintifik:karinoigakkelotongnyoae



Inilah ikan yang di cari-cari.Bagi orang kelantan, ikan ini di panggil dengan nama 'ikan karin' dan bahasa malaysianya ikan laga.Aku dulu pernah ada banyak ekor jugaklah simpan ikan ini lebih dari 10 ekor.Aku simpan ikan ni dalam botol kecik,zaman sekarang sudah susah nak jumpa botol tu.Lebih tepat lagi botol budu yang kecik dan zaman dahulu ada sejenis minuman yang ada dalam botol kecik.

Cara menangkapnya kami guna cara tradisional, tak main jaring-jaring ni.Oleh kerana sekeliling sawah padi aku ni penuh dengan pokok kelapa buah kelapa yang rosak atau di tebuk tupai akan jatuh ke dalam sawah.Ikan ni sangat gemar tinggal dalam buah kelapa yang rosak ni.

Nak menangkapnya ada cara, mula-mula usha dahulu buihnya.Buih tu tempat telur-telur ikan di tempatkan.Dengan mengenali buihnya kita sudah tahu itu ikan apa.Jika tebal buihnya itulah ikan yang di cari-cari.Untuk cara alternatif aku buat perangkap sahaja ikan ni dengan tin susu nampak mewah sikit untuk ikan tu hehe.



ini yang betul-betul ori..fresh dari tempat asal hehe


Zaman aku dahulu belum ada lagi pellet makanan ni.Aku bagi makan cacing kecil jer.Nak bagi dia garang aku letak cermin kat botol sebab ikan ni jenis baran sikit tengok diri sendiri pun nak bergaduh sebagai training aku letak kaca atau cermin kat botol.Nak bagi kaler dia maintain aku kambus botol dalam tanah tapi ingat kena tutop lubang botol sebab musuh utama ikan ni adalah cicak, cicak buat sashimi saje la kalau tak tutup.



Sebelum kita betul-betul expert nak tangkap dan pelihara ikan karin a.k.a laga di atas tu,ni umpama 'timbalan' la, kita kena expert pelihara dan jaga ikan ini.....



ikan sepilai (name luar aku tak tahu haha)
saintifik: sepilaikatongnyougokae


Cara menangkap dan modus operandi nak pelihara sama jer ngan ikan laga tu cuma karakter ikan tu la yang lainnya dia pucat sikit mungkin tak cukup zat.Sape yang dapat ikan ni bukan ikan laga tu kira kena bahan la jugak sebab tak capai stendet hehe.



macam ikan jerung pun ada haha


Aku memang rindu akan dua makhluk ciptaan Tuhan di musim hujan ni sebab aku pernah kena libas dengan pelepah betik oleh bapak aku sebab asyik menagkap depa dua ekor ni sampai tak ingat nak pergi semayang jumaat dan pernah terpijak kaca dalam air semata-mata nak memiliki ikan laga yang comel lote itu




anda fikir anda tahu apa Heaven budak kampung ketika musim banjir? anda fikir sekali lagi...


assalamualaikum....


*tang bahasa saintifik tu jangan la guna pulak tu aku..mengarutaewalmengabangae

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. nice entry!!!
    ubi kayu bakar cicah ngn kelapa.. pergh.. best!!!
    :)

    BalasPadam
  2. lorr nama ikan laga dalam bhsa kelantan, ikan karin ke... baru sy tau... hehhehehee..

    BalasPadam
  3. rumah aku baru je naik air boh..hihi..lme betol xpegi mencari ikan ni..haishh rindu mase kecik2..

    BalasPadam
  4. ikan karin!!!
    dl suka lwn laga2...
    skrg dh insaf...hehe

    BalasPadam
  5. pasal ikan laga ni aku tau dari komik anak-anak sidek.

    tak pernah tengok real. maybe sebab tempat aku tak pernah banjir.

    BalasPadam
  6. teringat zaman budak2 dulu.. letak ikan laga letak dalam botol 100plus

    tolong vote untuk limau ais yer di Malaysia Socialista. doakan limau berjaya menang dengan vote ni.. macam ni cara nya http://bit.ly/undilimau

    BalasPadam
  7. eleh.
    tiru atak lolly.
    nak wat entry pasal budak kampung jugak.




    ;p

    BalasPadam
  8. zaman bebudak dulu memang seronok main ikan karin,tak ingat makan ,tengahari ke petang, mak riuh rendah cari anak tak balik2 makan tnghari,kerja sekolah banyak tak siap asyik berlaga ikan karin,dah habis mati ikan karin baru balik,esok cari lain pula.sesampai dirumah batang ubi kayu hinggap tengah belakang,padan mika aku

    BalasPadam
  9. huhuhuhu.. teringat semula jame kecik2 dulu

    BalasPadam
  10. Kalu dapat ikan karin yang ada buih...tambah2 pula buih ang ada telor...huh sure juara punya. Ikan karin buih telor memang berani...huhu

    BalasPadam
  11. Msa kcil dl pnuh kat rumah dgn btol2 berisi ikn karin, hobi... huhu. Skarang pn msih minat lg tp tk ada ms nk smbg hobi dn minat ni

    BalasPadam

Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri