60 Ekor Udang Celup Tepung RM10 Viral Di Restoran King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik


"60 Ekor Udang RM10"

Pantai Penarik selain lautnya yang hijau kebiruan memang tidak pernah tidak menjadi sebutan dengan ungkapan ICT, UCT dan makanan laut lain. Memang sepanjang pantai seumpama pesta makanan celup tepung.


60 Ekor Udang Celup Tepung RM10
60 Ekor Udang Celup Tepung RM10
Dari permulaan roundabout kecil sehinggalah terdapat satu 'pipe bridge' yang menuju ke Kuala Terengganu, pesta celup tepung sentiasa terbuka untuk kunjungan.


Dalam kehangatan kedai makan dan restoran yang muncul inilah menjadikan setiap kedai makan untuk menggerakkan minda masing-masing dalam menarik minat pengunjung ke restoran mereka.

Pantai Penarik, Pantai Celup Tepung

Mula menjadi trend dan mula tular menjadikan pesta makanan celup tepung di sepanjang Pantai Penarik semakin meriah.


Mana Mana celup Tepung
Mana Mana celup Tepung
Setiap restoran akan cuba menggunakan kaedah berbeza untuk menarik minat pengunjung.

Pantai yang bersih dan laut membiru serta angin yang menyejukkan sememangnya menjadi kelebihan di sini. Tumbuhnya kedai makan berkonsepkan celup tepung sudah mula memberikan pengunjung pening kepala untuk singgah.

Tidak hairanlah jalan raya yang memiliki had laju kebangsaan dari 60 km/j menjadi 20-30km/j. Tidak boleh salahkan pengunjung yang datang, kerana banyak betul pilihan kedai makan.

Seperti juga penulis, rambang mata untuk memilih restoran untuk mencuba celup tepung sekitar Pantai Penarik.

Bukan Kali Pertama Ke Celup Tepung Penarik

Pada hakikatnya, penulis sudah mencuba dua buah restoran celup tepung di Pantai Penarik ini. Kali pertama, Restoran Nabila Persisiran Pantai dan yang kedua adalah Restoran Ombak Pantai (boleh baca ulasan pada pautan artikel di bawah).


Restoran Celup Tepung
Restoran Celup Tepung
Memandangkan penulis sering menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) untuk balik ke kampung.Tidak salah untuk mencuba satu lagi dari banyak kedai celup tepung di sini iaitu Restoran King Trizai Celup Tepung.


Le Tour De Langkawi Penarik 2018
Sambil Nonton LTDL 2018
Sambil menunggu kedatangan deretan basikal Le Tour De Langkawi 2018, ada baiknya layan rehat sebelum meneruskan ke Shah Alam dari Kota Bharu.

Sama juga dengan restoran celup tepung lain, Restoran King Trizai berada di pesisir Pantai Penarik yang indah.


Restoran King Trizai Penarik Murah
Signboard king Trizai
Kali ini penulis akan cuba berikan pandangan dari segi suasana dan layanan pekerja restoran ini. Memandangkan rasa celup tepung dan pencicah (sos) lebih kurang sahaja rasanya.

Menu Makanan Di King Trizai Celup Tepung

Mari kita bercerita tentang makanan yang disediakan dahulu. Antara menu yang ditawarkan di Restoran King Trizai Celup Tepung adalah:

1. Udang Celup Tepung (60,45,20 ekor/RM10)


Udang Celup Tepung (Kecik)
Udang Celup Tepung (Kecik)
Udang Celup Tepung (Besar)
Udang Celup Tepung (Besar)

2. Ikan Celup Tepung (Selayang dan Kembung)


Ikan Celup Tepung
Ikan Celup Tepung

3. Sotong Celup Tepung


Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung

4. Satar (dalam daun kelapa)


Satar
Satar

5. Fish/Meat Ball Celup Tepung


Fishball Celup Tepung
Fishball Celup Tepung

*ikan selayang celup tepung RM1.90/ekor

Seperti biasa apabila singgah di Penarik, penulis akan mencuba udang celup tepungnya. Jika sebelum ini penulis memesan 45 ekor udang untuk harga RM10, kali ini penulis memesan, pesanan inovasi dari pesanan tersebut, iaitu 60 ekor udang celup tepung dengan harga yang sama RM10.

Bertambah 15 ekor udang.

Ya! ini yang terbaharu, 65 ekor udang dengan harga RM10. Mungkin nanti 100 ekor udang celup tepung dengan harga RM10, mana kita tahu.



Udang Celup Tepung Viral Penarik

Udang celup tepung ini saiznya tidaklah begitu besar namun tidaklah begitu kecil untuk dijadikan snek. Udang celup tepung ini boleh menggantikan 'french fries' yang sering ditemui di restoran-restoran makanan segera.


Udang Celup Tepung Viral
Udang Celup Tepung Viral
Jika kentang goreng snek kaya dengan kolestrol dan karbohidrat, snek udang celup tepung gabungan kolestrol dengan protein. Mungkin sedikit asid urik jika di makan selalu.

Dari segi rasa masih sama, dan untuk perbezaan antara restoran-restoran celup tepung sekitar penarik, tiada sangat beza rasanya.

Sama sahaja. Masih mengekalkan rasa seekor udang, dengan keriuk-keriuk lebihan tepung yang digoreng. Agak kering dan memang boleh dimasukkan dalam kategori 'cikedis' dan snek, bukan lauk.

Jika banyak sangat makan mungkin akan menyebabkan rasa tidak selesa pada kerongkong kerana kekeringan udang tadi, namun kurangkan pergeseran antara tisu kerongkong dengan kulit udang dengan pencicah yang pedas dan manis.

Pasti menarik. Bukan setiap hari kita makan udang celup tepung. Tiada yang tidak elok sebenarnya.

Ikan Kembung Celup Tepung

Hidangan seterusnya yang berjaya penulis pesan untuk makan bersama isteri sebagai alas perut adalah ikan kembung celup tepung. Ikan kembung yang dipanaskan semula selepas di pesan ini bersaiz lebih kurang sederhana besar, puas hati untuk dimakan dua orang.


Ikan Kembung Celup Tepung
Ikan Kembung Celup Tepung
Isinya masih segar, dan masih ada rasa ikan. Tidak lagi kering seperti ikan termenung di kantin asrama pernah penulis diami dahulu.

Boleh diletakkan dalam kategori masih segar. Apabila dicubit, cukup mudah untuk dileraikan dan masih terasa cecair yang ada. Satu cubitan selepas dicecah dengan sos pedas dan manis masuk ke mulut, wow, enak betul.

Tekstur ikan masih lembut dan rasa pedas manis memang cun dalam mulut.

Ikan celup tepung, tambahan pula ikan kembung, mesti cuba jika ke mana-mana restoran celup tepung.

Satar Bakar Original Terengganu

Satu lagi hidangan yang penulis cuba adalah satar original. Mengapa penulis memanggil satar original ? kerana ia adalah bukan frozen.


Satar Original Terengganu
Satar Original Terengganu
Satar yang dipanggang di atas api yang dibalut dengan daun kelapa, ini yang asli. Menggamit memori apabila memasukkan satar ini ke dalam mulut.

Manis, ranggup dan rasa ikan. Memang menggamit memori. Ketika kecik penulis sering di bawa abah penulis untuk makan satar di Pantai Sabak.

Satar yang penulis cuba disini, memang satar yang selalu di makan penduduk pantai timur. Apalagi dengan bau asap dari daun kelapa.

Cukup terbaik satarnya.

Coconut Shake

Minuman untuk pengaliran bolus makanan ke esofagus seterusnya ke tangki perut tidak lain dan tidak bukan coconut shake.


Coconut Shake Penarik
Coconut Shake Penarik
Makan celup tepung di tepi pantai yang cantik, dengan angin bayu laut dalam cuaca suam panas, rugi tidak nikmati coconut shake.

Memang menyegarkan, manis air kelapa dengan lemak susu yang dikocok bersama datang pula hawa sejuk dari ais, fuh memang kena dengan citarasa tepi pantai.

Penat memandu hilang seklip mata seumpama 'cooling down' enjin 3 piston Viva penulis. Sama-sama naik 'cooling down'nya.

Harga Makanan Di King Trizai Penarik

Itu bahagian rasa, mari kita bercerita mengenai harganya pula. Ini senarai harga hidangan yang penulis nikmati di King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik.


Harga Makanan Di King Trizai Penarik
Harga Makanan Di King Trizai Penarik
1. Udang celup Tepung 65 Ekor - RM10
2. Ikan Kembung Celup Tepung (sederhana) - RM6/ekor
3. Satar (secucuk 5 biji) - RM3/cucuk
4. Coconut Shake (segelas) - RM2.50

Ini harga rendah setakat penulis mencuba celup tepung di sekitar Pantai Penarik. Dalam RM20, puas hati.

Layan Staf Peramah

Layanan yang diberikan pelayan dan staf di Restoran King Trizai Celup Tepung cukup terbaik. Ketika kunjungan penulis, keadaan dalaman kedai agak sesak dengan pengunjung. Namun, staf disini memang memberikan layanan dengan senyuman dan gelak tawa.
Tiada sebarang masam muka ditemui. Sedia melayan tetamu. 


Waktu Puncak
Apa yang mencuit pandangan penulis adalah cara pekerja memasukan udang celup tepung viral dalam pinggan.

Jika sebelum ini ada kedai yang membilang satu-satu udang untuk cukup 45 atau 60 ekor, tapi di sini pekerja hanya mengaut tanpa sebarang kumat kamit bilangan. Sedikit ? Tidak, rasa-rasa penulis kautan tersebut agak banyak dan mungkin melebihi bilangan 60 ekor.

Keindahan Tepi Pantai


Pangkin, Buai dan Laut
Pangkin, Buai dan Laut
Selesai makan, layan pula keindahan Pantai Penarik, di antara gigi pantai dan restoran, terdapat buainan dan pangkin yang disusun cantik untuk pengunjung menikmati pantai dan mengambil gambar.


Hiasan Pantai
Di lengkapi beberapa pohon kelapa yang masih renek menambahkan lagi panorama menarik berlatarbelakangkan pantai membiru dengan langit yang cerah.


Pangkin
Permandangan dari arah restoran ke arah Laut China Selatan memang menarik. Tambahan pula waktu itu monson sudah tiada dan laut tenang, bunyian ombak dan daunan. Peh memang romantik.



Informasi Pengunjung

Restoran Trizai Celup Tepung terletak berdekatan dengan bulatan kecil jika dari arah Kota Bharu. Pengunjung boleh memperlahankan kenderaan selepas bulatan kecil ini takut-takut terlepas. Boleh rujuk alamat dan peta di bawah.

Alamat King Trizai

Kampung Penarik, 
21010 Permaisuri, 
Terengganu



Pada peta di atas kesilapan kedudukan, pada hakikatnya adalah diseberang jalan sana. Ada waze ? Lagi senang pencarian.


Waze Lokasi King Trizai Celup Tepung Penarik
Waze Lokasi King Trizai Celup Tepung Penarik
Waktu Operasi King Trizai Celup Tepung

King Trizai dibuka setiap hari. Mula beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 9 malam

Parkir Kenderaan

Cukup luas. Satu kawasan parkirnya bersamaan sebuah lagi restoran yang mampu didirikan. 20-25 kenderaan sebagai anggaran mampu diletakkan dalam satu masa.

Kemudahan Lain

Di King Trizai ini terdapat kemudahan tandas dan mungkin akan siap dengan surau, memandangkan ketika kunjungan penulis masih dalam keadaan ubah suai.


Pacak Satu, Bukti Datang HaHa



Anda fikir anda tahu 60 Ekor Udang Celup Tepung Viral Di Restoran King Trizai Celup Tepung Pantai Penarik ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan