"Celup Tepung Pantai Penarik"
Sesuai dengan namanya Pantai Penarik, kini sudah menjadi satu tarikan untuk pengembara, pelancong dan penggemar makanan. Angin hembusan angin dari Laut China Selatan yang menerpa pohonan rhu sepanjang pantai penarik cukup untuk memberikan pesona tepi pantai.
Udang Celup Tepung Viral Pantai Penarik |
Terpulang kepada mereka yang melalui jalan ini untuk memilih kedai manakah yang menjadi pilihan untuk singgah menikmati celup tepung.
Jika dahulu, penulis memang sering menggunakan laluan ini untuk ke Lembah Klang melalui Lebuhraya Pantai Timur 2, Pantai Penarik tidaklah semeriah sekarang, sekadar singgahan untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan.
Promosi Udang 45 Ekor untuk RM10
Disebabkan promosi yang dilakukan dan idea yang mungkin boleh dikatakan agak bernas dari pemilik restoran tepi Pantai Penarik ini, telah menghidupkan suasana pantai yang cukup indah sebenanrnya. Setiap restoran atau kedai makan berlumba-lumba menaikkan 'billboard' dan 'bunting' betapa murah dan banyaknya udang celup tepung jualan mereka.
Makan udang celup tepung sebanyak 45 ekor dengan harga hanya RM 10.
45 ekor udang itu sudah boleh dikira banyak, jenuh penulis melihat pekerja yang sedang membilang udang yang dimasukkan ke atas pinggan yang penulis pesan. Ketika ini fokus dan penghayatan yang tinggi diperlukan pekerja untuk meletakkan udang yang dicelup tepung dan telah digoreng ini ke dalam pinggan, takut-takut tidak cukup atau terlebih.
45 ekor cukup banyak apalagi dengan harga RM 10.
Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik
Penulis memilih Restoran Ombak Pantai Pantai Penarik untuk mencuba hidangan makanan celup tepung yang tular (viral) di Pantai Penarik ini.
Restoran Ombak Pantai |
Jarang Bergambar Tapi Payung Satu Kali |
Di Restoran Ombak pantai ini, selain udang celup tepung, terdapat juga ikan celup tepung, sotong celup tepung, ketam goreng bercelup tepung dan kerang rebus. Keropok lekor yang menjadi 'trademark' makanan ringgan di sekitar pantai timur juga disediakan.
Udang Ikan Sotong Celup Tepung |
Itu sekadar hidangan sampingannya, oleh kerana sudah berkunjung di restoran yang menyediakan makanan laut celup tepung maka dengan ghairahnya penulis memesan 45 ekor udang celop tepung, seekor ikan mata besar 'lolong' celup tepung, seekor sotong bersaiz sederhana celup tepung dan ditemani dengan air coconut shake.
Ketam Celup Tepung |
Saiz Udang Goreng Celup Tepung
Antara kategori udang yang mengikut saiz adalah:
Gred A: 15 ekor udang celup tepung
Gred B: 30 ekor udang celup tepung
Gred C: 45 ekor udang celup tepung
Udang Celup Tepung Gred B |
Saiz udang bagi gred C adalah udang bersaiz biasa, udang yang dijual merata-rata sekitar pasar atau bahagian makanan laut di pasaraya.
Udang Celup Tepung Gred C |
Walaupun 45 ekor udang yang bersaiz kecil untuk dihabiskan seorang itu agak sukar untuk dihabiskan penulis seorang, portion ini berjaya dihabiskan oleh penulis, isteri dan kakak ipar penulis sebagai hidangan makan tengah hari.
Ikan Mata Besar 'Lolong' Celup Tepung
Dalam pinggan yang lain, terhidang ikan lolong yang telah dicelup tepung dan digoreng. Masih segar dan isinya begitu putih dan rasanya masih segar. Isinya cukup banyak, untuk sampai ke bahagian tulang belakangnya memerlukan dua cubitan, untuk menggambarkan isi yang gebu amat menarik apabila isinya yang 'gebu' dicecah ke dalam sos cili buatan sendiri.
Ikan Mata Besar 'Lolong' Celup Tepung |
Sotong Celup Tepung
Berbalik ke pinggan sebelah adalah tersadainya seekor sotong yang sederhana besarnya yang telah di potong 'bersegmen'. Masih terdapat cairan pada sotong ini menunjukkan ia tidak begitu kering atau liat. Masih memiliki jus sotong yang bercampur dengan minyak gorengan. Jika bernasib baik akan menemui telur sotong sekali.
Sotong Celup Tepung |
Kita sudah mengetahui apa jenis celup tepung, saiz dan rasanya. Kita ke bahagian pengeluaran not kertas pula untuk hidangan yang diceritakan.
Harga Celup Tepung Di Ombak Pantai
Harga Makanan yang dipesan penulis:
Bagi udang celup tepung tular (viral), semuanya berharga RM 10
Ikan 'lolong' celup tepung, RM 5 seekor (mengikut saiz)
Sotong celup tepung, RM 12 seekor (mengikut saiz)
Harga Celup Tepung |
Ketam celup tepung RM 8-RM 16 (mengikut saiz ketam)
Kerang Bakar, RM 12/bekas
Pintu Gerbang 'Love' Berbunga
Memandangkan restoran yang mengadakan promosi makan udang celup tepung yang banyak dengan harga RM 10 memang banyak. Satu faktor unik yang membezakan restoran Ombak Pantai dengan restoran yang lain.
Prop Bergambar Ombak Pantai |
Boleh Bergambar Romantik |
Angin dan Langsir |
Informasi Pengunjung
Restoran Ombak Pantai terletak di pesisir Pantai Penarik. Kedudukan kedai dari kedua-dua arah Jalan Penarik, kedai ini berada di tengah-tengah jika dari segi susunan kawasan.
Waze dan Google Maps mengenali restoran ini, usah khuatir.
Waze Lokasi Ombak Pantai Celup Tepung |
Lot 4074, Jalan Pantai Penarek
Kampong Permaisuri,
21010 Setiu,
Terengganu
Waktu Operasi Ombak Pantai
Restoran dibuka setiap hari dan waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.
Parkir Kenderaan
Kawasan parkir yang agak luas untuk menampung bilangan kenderaan biasa. Kemudahan lain seperti tandas disediakan untuk lelaki dan perempuan diasingkan.
Makan Di Bawah Pohon Rhu |
Anda fikir anda tahu 45 Ekor Udang Celup Tepung Dengan Harga RM 10 Di Restoran Ombak Pantai Penarik Terengganu ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri