Resepi Udang Lipan (Mantis Shrimp) Goreng Celup Tepung


"Udang Lipan Celup Tepung"

Blog ini selalu mengeluarkan artikel tempat makan. Namun kali ini, penulis ingin pula berkongsi satu resepi yang dibuat di rumah.


Resepi Udang Lipan Celup Tepung
Resepi Udang Lipan Celup Tepung
Pantai penarik sudah tersohor dengan hasil laut celup tepung yang murah. Celup tepung sudah menjadi satu resepi yang amat senang dan sedap pula rasanya. Penulis pernah bercuti di Cameron Highland, bayangkan daun bayam pun ada celup tepung, bunyinya pelik namun sedap.


Pada artikel sebelum ini, penulis ada berkongsi mengenai cara untuk siang udang ketak. Kali ini mari kita pelajari cara untuk membuat udang ketak atau udang lipan celup tepung. Cukup mudah penulis yang bukan pandai memasak pun boleh lakukannya.

Mari kita bersama pelajari makanan ringkas dan enak ini.

Bahan-Bahan:

1. Udang ketak (suka hati anda berapa kuantiti)
2. Telur ayam
3. Tepung untuk mencelup udang ketak


Udang Lipan Siap Disiang
Udang Lipan Siap Disiang
*kuantiti bahan-bahan bergantung kepada udang lipan yang ada. Namun jika anda sukakan keruping-keruping yang banyak, tambahkah kuantiti telur dan tepung.



Cara membuatnya:

1. Masukkan udang ketak yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam mangkuk. Udang ketak yang dibuang kulit luarnya.
2. Pecahkan telur dan masukkan sekali tepung untuk mencelup udang ketak.


Gaul Sebati Udang Telur Tepung
3. Gaulkan semuanya sekali dengan gaya anda sendiri dan pastikan semuanya rata, setiap sisi atau celah, ceruk udang menerima 'tempelan' ini.


Pastikan Adunan Sebati
4. Panaskan minyak, apalagi, gorengkan sahaja.


Goreng Naik Bau
Mudah bukan. Memang enak rasanya, dengan kegaringan bahagian luar dan lembut didalam. Rasa udang ketak atau udang lipan celup tepung tidak ubah seperti celup tepung ketam. Rasa isinya seumpama isi ketam.


Siap Dihidang
Cukup sesuai dicecah dengan sos atau pencecah apalagi makan dengan nasi yang masih panas.

Kelebihan Makan Udang Lipan 

Udang lipan dahulunya bukanlah satu hasil laut yang digemari. Jika tersangkut pada pukat atau mata kail, dibuang ke laut seperti ikan baja dan ikan buntal. Namun kini mampu mencecah puluhan ringgit untuk satu kilogram. Hong Kong dan China cukup meminati hasil laut ini, udang lipan atau mantis shrimp ini mampu mencecah RM 300 sekilogram untuk yang bersaiz 200-300 gram seekor.

Tambahan pula dikatakan udang ketak ini dapat memulihkan otot (tidak hairan sebagai sumber protein) dan berkhasiat dalam tenaga batin. Apalagi ditambah protein telur dalam resepi di atas.

Anda fikir anda tahu Resepi Udang Lipan Goreng Celup Tepung ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan