"MotoGP Sepang 2017"
MotoGP Sepang datang lagi. Satu acara yang tidak akan dilepaskan penulis melainkan tidak mendapat keizinan dariNya. Tahun ini alhamdulillah berpeluang lagi. Seperti musim-musim sebelumnya, isteri menjadi peneman penulis untuk ke Sepang.
Pengalaman Motogp Sepang Malaysia 2017 |
Tinggal di sekitar Banting terdapat satu lagi 'access' untuk ke Litar Sepang selain laluan Bagan Lalang, iaitu jalan kawasan Olak Lempit. Jika dari Banting inilah jalan terbaik.
Sabtu, 28/10/2017
Sampai awal memungkinkan untuk parkir kereta di bahagian bawah kawasan parkir. Lebih bawah lebih dekat dengan perhentian 'shuttle bus' untuk ke grandstand.
Tiket parkir dibeli dengan harga RM 20 untuk dua hari. Sticker dengan warna pada tahun lepas namun berbeza tarikh dan rekabentuk sticker parkir.Tahun ini MotoGP Sepang menyediakan hampir 100 buah 'booth'. Dari pengeluar jenama permotoran ternama sehingga barangan alat ganti yang kecil.
Berjalan Sekitar Fanzone Motogp |
Y15R Cub Prix di Motogp Sepang |
RC213V 2017 Marc Marquez |
Golden Helmet |
Terjumpa Rossi Malaysia |
Ahad, 29/10/2017
Memandangkan semalam sudah puas mengunjungi booth yang dibuka sebanyak 99 buah dan berjaya mendapatkan pelbagai sticker dan baju rasmi pescao 55 hafizh Syahrin, kini masanya untuk fokus kepada litar yang agak basah.
Datang Dengan Semangat Pescao : Wife dan adiknya |
Memandangkan cuaca yang tidak menentu, faktor air mengalir dan teduhan diutamakan. Cuaca sekitar jam 10 dan 11 agak berawan namun boleh dikategorikan baik.
Tentatif program untuk tahun ini tidak banyak berbeza. Oleh kerana perlumbaan 'Shell Asia Talent' sudah tiada kini diganti dengan perlumbaan 'Idemitsu Asia Talent' dimana perlumbaan mencari bakat baharu dari asia.
Idemitsu Asia Talent 2017 |
Sekitar jam 11 pagi kategori Moto3 bermula. Bagi penonton tempatan, kelibat Adam Noruddin yang menggunakan nombor 7 ditagih untuk mencabar di litar tempatan. Selain Adam dari pasukan SIC Racing Team, seorang 'wild card' dari Malaysia iaitu 'overrated' Kasma Daniel dengan menggunakan jentera dengan 'livery' petronas sprinta.
Moto3 Sepang 2017 |
Adam Noruddin boleh dikatakan cukup membanggakan apabila berjaya berada di kedudukan ke empat semasa persaingan berlangsung. Kecuaian dari segi fokus dan terlalu 'menekan' konsistensi, dia terjatuh dan berakhir dengan kedudukan 11. Satu kedudukan yang baik memandangkan menewaskan 20 pelumba di belakangnya.
Adam Noruddin SIC Racing Team | as seen instagram @mizanogram |
Moto 2
Bermula lebih kurang sejam kemudian. Hujan renyai-renyai mula membasahi tanah tumpahnya Malaysia.
Moto2 Sepang 2017 |
Hijau petronas sebagai lambang untuk Malaysia berbangga. Setiap kali Hafizh Syahrin melintasi penonton tempatan, mesti ada sorakan semangat. Itulah yang kita mahu, sokong pelumba tempatan bukan menyokong kerana famous. Dari sokongan inilah menaikkan semangat pescao55 yang bermula di petak 11 sehingga mampu mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke 6.
Terbaik dari Hafizh Syahrin Moto2 | as seen instagram @mizanogram |
Litar Sepang 2017 menyaksikan Franco Morbidelli mengesahkan kejuaran dunia dalam kategori moto2 meninggalkan Tom Luthi yang menjadi naib juara.
Redbull KTM menjajah litar Sepang dalam edisi kali ini dengan kedua-dua pelumba mereka berdiri di atas podium.
MotoGP
Selang antara moto2 dan motogp hujan yang agak lebat terjadi lebih kurang setengah jam. Mujur C2 Hillstand disediakan 'covered roof' atau bumbung. Maka bersesaklah penonton yang berada di bawah bahagian bukit untuk naik mencari teduhan. Penulis yang sentiasa berada dibawah memandangkan mencari kawasan terbaik untuk gambar turut perlu naik ke atas jika tidak mahu basah kuyup.
Motogp Sepang 2017 |
Kebanyakan penonton yang berada di bahagian berbumbung mula turun ke bawah meskipun hujan masih renyai. Mendekati pagar penghadang antara trek dan tempat duduk. Masing-masing bersorak apabila pelumba kesayangan melintasi pandangan penonton.
Perebutan Kejuaraan Dunia Motogp 2017 |
Best Shot untuk Peminat Valentino Rossi | as seen instagram @mizanogram |
Kejuaraan dunia terpaksa di tentukan di Valencia memandangkan AD04 menjuarai 'stage' di Sepang ini.
Pengalaman & Pengajaran
Penulis dan isteri terus bergegas ke kawasan parkir dari mengelak kesesakkan trafik yang boleh menganggu emosi.
Bagi pengalaman kali ini, dari segi parkir dan kesesakkan lalulintas adalah lebih baik dari tahun lepas. Berjalan agak lancar mungkin kerana melalui jalan yang baharu dan awal sampai ke SIC.
Satu sahaja yang menjadi kurang enak untuk pengalaman kali ini adalah bertembung dengan sebilangan warga asing dari negara seberang yang sememangnya 'agak kampung' perangainya. Datang secara berkumpulan dan seolah-olah baharu keluar dari semak di belakang ladang sawit berhampiran. Namun, yang pasti mereka ini datang dari seberang dengan kapal terbang.
Dengan perangai yang kurang intelek dan menghembuskan asap rokok sewenang-wenangnya harap untuk tahun hadapan mereka ini tiada lagi ke sini.
Jumpa Lagi Di Motogp 2018 Sepang |
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri