Makan KFC Spicy Sawadee Crunch Di KFC RNR Johan Setia, Klang


"Masam & Pedas"

Semuanya bermula dengan seorang awek thai yang dalam persediaan untuk melakukan urutan spa kepada pelanggan, mungkin. Pergi ke Thai atau bercuti di pantai-pantai sekitar Thai kurang lengkap jika mencuba urutan spa Thai. Namun, jangan di salah guna.


KFC Spicy Sawadee Crunch Set
'frame' hanya menunjukkan gadis spa Thai tersebut dengan mengurut dan meng'karate' sesuatu. Mungkinkah gadis Thai terbabit sedang mengurut pelanggan.


Tiba-tiba dengan gaya aplikasi 'boomerang' bersama dengan iringan lagu rancak 'dubstep ala Thai' rupa-rupanya gadis berkenaan bukan sedang mengurut pelanggan spa. Tetapi sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Dengan lagu yang rancak dan kombinasi video 'boomerang' gadis Thai berpakaian pengurut spa ini sedang bersemangat sekali mengadunkan, menumbuk resipi untuk membuat satu hidangan.

Pedas, pedas, masam, masam itulah lirik dalam lagu yang agak 'catchy' dalam iklan terbabit. Dengan gaya lembut gadis Thai terbabit menyudahkan rutinnya dengan menggigit seketul paha ayam yang merah keemasan warnanya sambil merapatkan dua tapak tangan tanda iklan tamat. 

Dua kombinasi Thai yang sememangnya signature masakan dari seberang, masam dan pedas. Tom yam adalah salah satu contoh untuk menjadi 'trademark' hidangan Thai. Terbaharu Kentucky Fried Chicken Malaysia memperkenalkan satu hidangan terbaharu mereka iaitu KFC Spicy Sawadee crunch.


Ayam Goreng Spicy Sawadee Thai Masam Pedas
Ayam Goreng Spicy Sawadee Thai
Dari iklan terbabit, timbul rasa ingin mencuba hidangan terbaharu dari KFC malaysia ini. Pada suatu hari, ketika perjalanan pulang dari GM Klang, Bandar Botanik, penulis dan isteri bersepakat dan bersetuju untuk mencuba hidangan terbaharu dari KFC ini. Maka sampailah di Restoran KFC RNR Johan Setia, Klang.

Perbezaan dengan ayam goreng spicy sawadee dengan ayam goreng spicy kfc biasa adalah balutan tepungnya. Tekstur yang agak lain berbanding ayam spicy biasa. Tidak begitu banyak keruping-keruping tepung, namun keruping-keruping ranggup yang ada pada ayam goreng spicy sawadee ini berlainan rasanya. Sebagaimana bait lirik lagu iklannya, masam masam, pedas pedas.

Cukup menarik rasanya masam dan pedas mungkin datang dari adunan tepung dan terdapat taburan seumpama 'garam halus' mungkin adalah serbuk yang menjadikan ayam goreng tersebut menjadi masam.

Sudah cukup perisanya tanpa memerlukan cecahan sos Thai yang disediakan namun inginkan rasa yang agak basah penulis tetap mendapatkan sos Thai untuk dicecah dengan daging ayam yang memutih disaluti lapisan 'tepung' yang cukup pedas.

Jika tersilap sedut mungkin mendatangkan bersin. Perisa masam dan pedas melekat dengan bangganya di jari jemari anda yang memungkinkan anda mengaplikasikan tagline lama KFC, it's finger lickin good. KFC Spicy Sawadee crunch adalah promosi dari KFC Malaysia bermula 10 Oktober 2017. Sebagaimana promosi lain contohnya romano cheese, ada pada waktu tertentu sahaja.

Hidangan KFC Spicy Sawadee Crunch boleh didapatkan dalam dua jenis hidangan. Mirip snack plate dan dinner plate, 2-ketul ayam atau 3-ketul ayam. Bezanya cuma tiada sebuku roti ditemukan. Coleslaw, kentang putar dan bersama iced lemon tea digabungkan menjadi satu set hidangan ala Thai. lebih meriah apabila diminta sekali cheezy wedges.


Harga Spicy Sawadee Crunch
2-ketul ayam : RM 13.50
3-ketul ayam : RM 16.90

Meskipun agak tertipu dengan 'sains persembahan makanan' pada leftlet dan iklan di tv, tetapi bagi penggemar makanan Thai sebagaimana penulis dan isteri, rasa masam dan pedas sawadee crunch cukup terbaik. Boleh bandingkan dengan gambar iklan dan yang sebenar.

Hidangan ini akan meninggalkan satu rasa yang boleh diingati bagi yang telah mencubanya apalagi terdapat tinggalan keruping-keruping yang bertaburan di pinggan jika di kaunter anda menjawab soalan makan dimana ? Makan di sini.

KFC Spicy Sawadee Crunch, snack plat dan dinner plate tanpa roti yang di 'upgrade' menjadi makanan thai...sedapnyaa seperti di Thai.

Anda fikir anda tahu Makan KFC Spicy Sawadee Crunch Di KFC RNR Johan Setia, Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan