"Caffeine Overdosed"
Seorang pelajar kejuruteraan mekanikal perlu menghabiskan satu subjek yang dinamakan 'thermodynamic' ketiga tahun kedua. Begitu juga penulis, pernah 'kantoi' subjek ini dan perlu mengambil 'short sem' untuk lulus mata pelajaran ini sebelum mendaftar untuk subjek 'thermodynamic 2'.
Dalam thermodynamic pelbagai teori dan hukum mengenai tenaga, mungkin ada yang tahu tenaga memang tidak boleh dihapuskan tapi boleh dihantar atau 'transfer' menjadi tenaga lain untuk mencapai keseimbangan.
Begitu panjang penulis bercerita mengenai 'thermodynamic' pada lahiriahnya memang tiada kena mengena dengan tajuk artikel ini.
Namun, konsep tersebut yang ingin penulis jelaskan. Sesuatu yang baik atau memberikan kepentingan kepada kita tidak semestinya akan terus memberikan kebaikan.
Begitulah konsep penyebaran tenaga dalam 'thermodynamic', suatu tenaga akan berubah kepada tenaga lain untuk kesimbangan sistem.
Fungsi Caffeine Dalam Badan
Caffeine seperti yang sudah diketahui adalah salah satu 'stimulant' iaitu bahan yang menrangsang sistem dalam badan manusia untuk 'alertness' iaitu sentiasa aktif dan tidak letih. Caffeine dianggap sebagai 'dadah' yang halal kerana kesannya.
Caffeine Boleh Membawa Mati |
Namun, mengambil secara berlebihan ada mudaratnya mungkin boleh mendatangkan punca ajal, kematian. Disini kita boleh kaitkan dengan thermodynamics di atas, secara ideanya segala benda atau sistem yang ada di muka bumi perlu keseimbangan. Begitu juga kesan caffeine kepada sistem badan manusia. Berlebihan boleh memudaratkan.
Berapa Jumlah Caffeine yang Menyebabkan Kematian ?
Dari segi toksiknya, jika seorang diberikan 30 cawan kopi yang mengandungi caffeine (bukan decaf) dalam masa yang singkat akan timbul beberapa gejala seperti muntah, kesakitan bahagian abdominal, hilang kesedaran, dan mungkin sawan.
Kematian yang disebabkan oleh caffeine bukanlah kerana kerosakkan otak tetapi berkait dengan sistem peredaran darah manusia. Banyak dikaitkan dengan gejala serangan jantung. Peredarana darah yang terlalu laju dan tidak sekata yang akan menyebabkan 'trafik' dalam salur darah yang akhirnya memungkinkan untuk seseorang mati kerana caffeine yang terlampau.
these reactions are really, really uncommon from beverages alone. (One expert told her: “I’ve never known of a case where somebody died from three caffeinated drinks.”)Tara Haelle wrote over at Forbes
Punca kematian daripada 'overdosed' caffeine amatlah jarang, statistik dari tahun 1959 hingga 2010 hanya 45 kes yang membabitkan caffeine yang membawa kematian.
Kajian terbaharu dalam 2017 oleh Sweden'sJones mendapati jumlah kematian adalah 51 kes namun kes-kes tersebut adalah kesan dari jumlah caffeine yang melampau dalam darah mangsa.
Secara biasanya dalam secawan kopi yang mengandungi 100mg caffeine, akan meningkatkan tekanan darah dalam salur darah kepada 5-6mg/L. Dari kajian dan statistik kematian yang membabitkan caffeine, jumlah tekanan darah mangsa adalah purata 180mg/L, cukup jauh jika dibandingkan kenaikan yang disebabkan oleh secawan kopi.
Dalam kes 180mg/L ini, dianggarkan dengan meminum 30 cawan kopi sekaligus baharu kesan tersebut berlaku. Itu dipanggil bunuh diri. Paling banyak pun tidak akan ada yang akan meminum kopi dengan begitu lahap.
Kebanyakkan pencinta kopi menikmati kopi secara sopan santu dan halus-halusan apalagi jika ia memiliki aroma dan foam yang menarik.
Penulis ada memberitahu bahawa kopi adalah salah satu dari sumber caffeine. Kebanyakkan caffeine terdapat di dalam minuman tenaga, energy drinks. Jumlah caffeine di dalam minuman sebegini lebih banyak berbanding kopi.
Apa tidaknya, penulis sentiasa pulang ke kampung dan meminum minuman tenaga yang dijual di merata tempat. Sungguh lain macam perginya. Lebih bersemangat dan bertenaga untuk memotong kenderaan lain.
Kajian dari pakar pemakanan mendapati purata caffeine dalam minuman tenaga adalah 300mg. Selain ditambah dengan guarana, taurine dan L-carnitine.
Sekadar minuman biasa caffeine tidak akan membunuh anda. Namun, jika ingin menggunakan caffeine untuk membunuh diri itu lain kisahnya.
Bergantung kepada sistem badan dan umur serta perilaku pengambil caffeine untuk mendapat kesan dari caffeine itu sendiri. Jika pengambilan caffeine sebagai perangsang untuk terus terjaga untuk beberapa jam - anda mungkin tidak apa-apa.
Jumlah Caffeine yang disarankan dalam seharian orang 'dewasa dan sihat' adalah 400mg yang juga menyamai 4 cawan kopi yang sudah di 'brew'.
Anda fikir anda tahu Caffeine Dalam Kopi Boleh Menyebabkan Kematian ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri