11 Jenis Durian Popular dan Laris Di Malaysia


"Durian Malaysia"

Bagi negara yang beriklim tropika seperti Malaysia semestinya tiada musim-musim yang selalu terjadi di negara-negara yang semakin hampir dengan kutub bumi. Musim panas, bunga, luruh dan sejuk memang tidak akan Malaysia alami. Namun, negara kita pun ada musim-musimnya, musim buah, musim cuti sekolah, musim banjir dan musim viral.



Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia
Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia

Musim yang sering dinanti-nantikan oleh orang kita adalah musim buah. Musim buah umpama syurga peminat buah-buahan tempatan yang bermusim. Musim buah pula ada kategori musimnya, musim buah manggis, musim buah rambutan yang paling dinantikan ramai adalah musim buah durian. 


Musim durian adalah raja segala musim buah. Sebagaimana penulis sendiri, apabila tiba musim durian tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan rasa durian untuk tahun tersebut.

Memang sudah ada durian yang datangnya dari Thailand yang tidak kira musim. Namun, spesis durian tersebut bagi penulis umpama durian 'transgender' bukan yang asli. Durian yang gugur dari pokoknya ketika musim durian adalah durian sejati.

Durian Hasil Kacukan

Di Malaysia, pelbagai jenis buah durian yang dapat dirasai. Dari durian kampung sehinggalah durian yang telah dikacuk. Namun, identiti durian Malaysia masih ada. Kebanyakkan durian ini adalah yang sudah di klon. Terdapat lebih dari 100 jenis klon durian yang telah didaftarkan dengan jabatan pertanian. Namun, terdapat 11 jenis klon yang popular dan boleh dikatakan terbaik dan biasa ditemui ketika musim durian di Malaysia.


Durian yang Popular Di Malaysia - Jabatan Pertanian Pahang
Durian yang Popular Di Malaysia - Jabatan Pertanian Pahang

1. D2: Durian Dato' Nina


Durian D2
Tempat Daftar, Asal: Ayer Molek, Melaka
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis

2. D7 



Durian D7

Tempat Daftar, Asal: Kajang, Selangor
Tarikh Daftar: 1934
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, berbentuk oblong
Isi: Berwarna kuning 
Rasa: Lemak manis

3. D24
Durian D24
Durian D24

Tempat Daftar, Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak
Tarikh Daftar: 30.11.1937
Ciri-Ciri: Terdapat ruangan pangsa tidak sempurna di tengah-tengah pangsa
Isi: Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

*Harga Pasaran : RM15~RM16 per kg

4. D96: Bangkok A



Durian D96

Tempat Daftar, Asal: PPK Serdang, Selangor
Tarikh Daftar: 12.2.1955
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan berwarna gangsa apabila matang
Isi: Tebal dan berwarna oren
Rasa: Lemak manis

5. D99: Durian Kop Kecil (Thailand)



Durian D99
Tempat Daftar, Asal: Thailand
Tarikh Daftar: 17.6.1970
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan bulat tetapi dempak di tangkai dan di hujung buah
Isi: Sederhana Tebal dan berwarna kuning
Rasa: Manis dan iranya halus

6. D123: Chanee (jenis Thailand)



Durian D123

Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 14.7.1971
Ciri-Ciri: Buah besar dan panjang, kulit berwarna hijau keperangan
Isi: Berwarna kuning keemasan
Rasa: Lemak manis dan aroma yang kuat

7. D132: Durian Eddie Special



Durian D132

Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
Tarikh Daftar: 28.3.1973
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau 
Isi: Berwarna putih
Rasa: Lemak manis dan lembut teksturnya

8. D160: Durian Musang Queen / Buluh Bawah / Tekka / Chok Kiok 



Durian D160

Tempat Daftar, Asal: Banting, Kuala Langat, Selangor
Tarikh Daftar: 30.6.1987
Ciri-Ciri: Buah bersaiz besar, bujur panjang
Ciri Khas: Terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren 
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Sedikit pahit dan lemak

9. D168 Durian IOI : Durian Mas Hajah Hasmah Mas Muar 



Durian D168

Tempat Daftar, Asal: Muar, Johor
Tarikh Daftar: 24.5.1989
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang 
Isi: Berwarna kuning oren
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit dan lemak

10. D197: Durian Musang King / Raja Kunyit / Mao Shan Wang


Durian D197

Tempat Daftar, Asal: Tanah Merah, Kelantan
Tarikh Daftar: 9.12.1993
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
Ciri Khas: Terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa 
Isi: Berwarna kuning 
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

*Harga Pasaran : RM60~RM150 per kg





11. D198: Durian Kim Hong / Golden Phoenix 


Durian D198

Tempat Daftar, Asal: Batu Pahat, Johor
Tarikh Daftar: Mac 2013
Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bujur, pangsa yang nipis
Isi: Berwarna kuning pucat
Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

Durian Paling Di Gemari Di Malaysia

Senarai jenis durian di atas adalah sebahagian dari 123 jenis klon durian yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 11 jenis ini biasa ditemui di pasaran dan cukup popular seperti durian D24 dan Musang king yang mampu mencecah harga RM60-70/kilogram.

Dalam banyak-banyak jenis, tiga yang paling dicari setiap kali musim durian iaitu:

1. Durian Musang King
2. Durian D24
3. Durian IOI (D168)

Dengar namanya sahaja sudah terbayang isi durian dengan aroma yang cair di dalam mulut, jika durian yang betul-betul ranum.

Harga pasaran Durian Di Malaysia

Disertakan setiap harga pasarab durian untuk satu kilo (termasuk kulit dan biji). Sekadar rujukan secara purata dan dari pengalaman penulis dalam urusan jual beli durian.

* Harga pasaran bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Permintaan dan stok durian mungkin mempengaruhi harga pasaran durian.

Kedatangan Musin Durian

Dari pengalaman penulis, musim durian juga terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, musim promosi, musim ini durian masih dalam pengenalan untuk tahun tersebut, harga ketika ini agak mahal.

Waktu pertengahan, harga masih mahal dan banyak tempat yang sudah mula melonggokkan durian, longgok tetapi dengan harga timbang. Pada hujung musim harga mulai jatuh, buah yang gagal dijual pada dua tahap tadi akan dilelong kepada ramai dari jualan lintah darat (timbang) sudah ada penjual yang akan menjual secara longgok, risau kalau kerugian buah tidak habis.

Kebanyakkan buah durian yang berjaya di jual di Lembah Klang adalah dari Perak dan Pahang.

 
Beruntung mereka yang ada dusun sendiri, tunggu buah luruh sebelum ditebuk tupai itu sahaja kerisauan berbanding peminat durian yang perlu 'berperang' dengan peniaga durian yang menjual secara timbang.

Mereka ingat kulit durian tu orang makan ? 

Sekadar bertanya.



Anda fikir anda tahu 11 Jenis Durian Popular dan Laris Di Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan