Fakta Kopi Sempena Hari Kopi Sedunia 1 Oktober Setiap Tahun


"Hari Kopi Sedunia"

Bagi penggemar minuman yang mengandungi caffeine ini, 1 Oktober setiap tahun adalah hari untuk merayakan 'sumbangan' kopi dalam hidup penggemarnya. Penulis juga merupakan salah seorang dari 'coffee lover'. Tidak kira kopi yang kaw, atau dalam sachet 3 dalam 1 kopi menjadi peneman kepada penggemarnya. Jika dahulu penulis hanya mengenali kopi yang dibeli di kedai semata-mata. Kopi 'o', kopi susu, dan bancuhan nescafe. Namun, sekarang terdapat pelbagai variasi jenis kopi yang diinovasikan oleh pencinta kopi ini.


Happy International Coffee Day
Cappucino, Latte, Mocha, Expresso antara jenis kopi yang tersohor zaman ini. Di zaman penulis kecil, dan menghabiskan sisa belajar penulis hanya mengenali kopi 'o' dan kopi tarik sahaja.



Kini sudah banyak gerai hinggalah berkonsepkan restoran mewah menyediakan hidangan kopi sebagai menu utama. Perkataan 'brew' dan 'barista' atau 'bartender'. Mungkin peminat sukan bola sepak liga inggeris seperti penulis yang biasa melihat iklan yang cukup kreatif dari Wonda Coffee yang juga penaja siaran bola sepak inggeris.

Pernah menjadi tular kepada peniaga gerai satu masa dahulu yang menjual minuman seperti Mocha, latte, cappucino, atau americano dengan harga RM5. Semua peniaga ingin menceburkan diri dalam bisnes kopi buatan Malaysia. Namun sekarang sudah tenang, hanya gerai atau foodtruck yang betul-betul menggunakan 'niche' perniagaan kopi sahaja masih kekal.

Kenali Kopi

Pertama sekali mari kita susuri pengertian kopi itu sendiri, bagi penulis kopi adalah satu produk dari pembakaran biji satu pohon untuk diekstrak caffeine untuk kegunaan tubuh badan. Aplikasi terbaik adalah semasa ingin bekerja dan belajar, kopi menjadi peneman, sifatnya boleh dikategorikan sebagai 'booster'. 

Sejarah Kopi

Pada 1000 tahun sebelum masihi atau lebih cantik nombornya 3000 tahun yang lepas, kopi ditemukan oleh orang Ethiopia di benua Afrika. Biasalah dengan kejayaan Vasco da Gama yang menjadi 'pioneer' pelayaran, negara Afrika ini menjadi sumber untuk penjajah menyebarkan kopi ke seluruh dunia. Mula berkembang dari benua Afrika dan memasuki Arab yang juga difahami, kopi digunakan dalam 'suplement' untuk mengekalkan kekuatan untuk menjalankan ibadah. Tidak hairan jika kopi dikatakan berasal dari Afrika, kerana di Malaysia dengan cuaca beriklim tropika juga senang dilihat pokok kopi yang membiak.

Asal Usul Sebutan Kopi, Coffee

Perkataan kopi berasal dari perkataan Arab, قهوة yang dibaca 'qadwah',bermaksud kekuatan. Sebagaimana yang kita fahami, caffeine dalam kopi yang memberikan kekuatan atau ketahanan. Perkataan qadwah ini mula berevolusi menjadi perkataan Turki, 'kahveh' dan akhirnya terus berubah menjadi 'koffie' yang sehingga kini dalam bahasa melayu dikenali sebagai kopi.

Bagaimana Biji Kopi Dipilih ?

Terdapat dua jenis biji kopi, arabica dan robusta. Biji kopi Arabica adalah biji kopi yang lebih berkualiti berbanding robusta. Arabica banyak digunakan di kedai-kedai menjual biji atau serbuk kopi dan juga digunakan di kedai-kedai yang menjual minuman kopi.

Biji kopi arabica banyak digunakan restoren dan kedai yang menyediakan kopi yang betul-betul kaw. Robusta pula banyak digunakan dalam kopi segera kerana sifat robusta yang senang ditanam selain dari kandungan caffeine yang banyak berbanding arabica. Senang cerita, biji kopi berkualiti tinggi dan nilai yang tinggi termasuk aroma yang menawan adalah dari biji kopi arabica dan robusta yang memiliki banyak caffeine banyak digunakan dalam 3 dalam 1 yang selalu kita minum.

Penyediaan Biji Kopi

Dua jenis penyediaan biji kopi sebelum dihirup oleh penggemar caffeine. Washed dan unwashed, basuh atau tidak dibasuh. Apa maksudnya ?

Kita sedia maklum, dalam pembuatan kopi kita bukan gunakan isinya tetapi biji. Dalam istilah washed ini, buah kopi yang telah matang dan ranum kulit dan isi buah kopi akan dibuang terlebih dahulu sebelum dijemur dan dikeringkan, manakala unwashed pula, kulit dan isi pada buah kopi akan dibuang selepas dikeringkan.

Unwashed yang memiliki rasa asli dan lebih kaya dengan rasa kopi biasanya datangnya dari negara Indonesia dan Afrika manakala washed yang lebih lembut rasanya bijinya adalah produk dari Amerika Latin seperti Brazil.

Selepas dikeringkan, biji-biji kopi (washed dan unwashed) akan dipanggang. Terdapat beberapa tahap dalam memanggang biji kopi yang akan menghasilkan rasa, aroma yang berbeza. Antara tahap memanggang biji kopi adalah seperti light/half-city, medium/full-city, full (Viennese/Italian), and double (French) dalam mencari 'kekayaan' atau 'boldness' dalam setiap tahap panggangan biji kopi.

Peringkat terakhir dalam penyediaan kopi adalah 'brew'. Setelah pemilihan biji kopi yang menjadi pujaan hati. Cara 'brew' bergantung kepada penggemarnya, bagaimana 'brew' yang sesuai untuk individu tertentu. rip filter, french press, percolated, espresso, adalah antara cara 'brew' kopi mengikut citarasa masing-masing.

Fakta Ringkas Mengenai Kopi

1. Kopi adalah komoditi paling bernilai kedua didagangkan selepas petroleum

2. Dunia menggunakan menghampiri 2.25 billion cawan kopi setiap hari.

3. Penemuan asal kopi adalah bermula dari seekor kambing di Ethiopia apabila penternaknya menemui penemuan yang menjadikan kambing tersebut 'gila'.

4. Di Jepun, terdapat kedai kopi yang dipanggil 'Cat Cafe', anda boleh menikmati kopi dan bersama kucing kesayangan anda selama berjam-jam.

5. Kopi adalah 'psychoactive'. Jika dengan berlebihan konsumsinya, boleh menjadikan anda berhalusinasi dan mungkin membawa kepada kematian.

6. 100 cawan kopi boleh membunuh anda kerana jumlah caffeine di dalamnya.



7. Beberapa ratus tahun dahulu, di Turki, terdapat undang-undang wanita boleh menceraikan si suaminya kerana gagal membawa pulang kuota harian kopi ke rumah.

8. Di Itali, purata mereka yang menjadi 'barista' adalah berumur 48 tahun dan merupakan (barista) kerjaya yang dihormati.

9. Webcam pertama yang dicipta di Universiti Cambridge digunakan dalam eksperimen untuk mengetahui 'coffee pot' dirumah sudah penuh atau tidak (bila ditinggalkan).
10. Espresso di kawal oleh kerajaan Itali kerana ia dianggap sebagai keperluan yang penting dalam kehidupan seharian. 

Memang cukup cerewet bagi mereka yang betul-betul menghayati dan mencintai kopi. Kebanyakkan mereka yang berada sehinggakan terdapat seorang 'barista' atau 'bartender' tertentu untuk penyediaan kopi tidak kira untuk sarapan, minum petang atau malam. Bagi peminat kopi biasa-biasa seperti penulis yang pernah mengalami 'overdosed caffeine' sehingga berkenyit-kenyit kelopak mata, mendapatkan sumber caffeine (kopi) dari kedai makan (selalu order neslo ais a.k.a mocha), dan pembelian kopi campuran 3 dalam 1 sahaja.

Namun, pencinta kopi tiada kelas atau darjatnya. Tidak kira mendapatkan mocha, cappucino, latte dari kedai tepi jalan atau restoran mahal kita semua tetap pencinta kopi yang akan meraikan 'Hari Kopi Sedunia' setiap 1 Oktober setiap tahun.

Anda fikir anda tahu Fakta Kopi Sempena Hari Kopi Sedunia 1 Oktober Setiap Tahun ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan