"Satelit Panas"
TV satelit bukan suatu yang baharu di Malaysia apalagi dunia. Bermula di zaman 60-an dimana jika Amerika Syarikat ada konsert pop yeh yeh mungkin Jepun dapat menyaksikannya. Tv satelit bukan suatu teknologi siaran yang baharu lagi. Fiber optic seperti TM unifi jika di Malaysia adalah alternatif lain rakyat untuk mendapatkan siaran HD berbanding siaran berantena. Kelebihan tv satelit adalah penonton dapat menikmati siaran luar dari negara penonton itu sendiri, banyak pilihan. Monopoli satu syarikat penyiaran sahaja yang mengekang dan berlaku penindasan dalam caj yang dikenakan, itu satu skop lain.
Cuaca Panas Ganggu Siaran TV |
Astro adalah wakil tv satelit bagi Malaysia. Di negara luar terdapat penyiar lain seperti Sky atau Fox. Masalah SCNA atau service currently not available bukan suatu yang asing bagi penonton tv satelit berbayar. Sebagaimana yang telah di jelaskan dalam artikel mengapa SCNA berlaku ketika hujan, hujan adalah musuh kepada siaran tv satelit. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedari cuaca panas turut menyumbang kepada 'disadvantage' bagi tv satelit dalam kategori 'bad weather' bukan hanya disebabkan hujan.
Berlaku kepada penulis sendiri, sedang enak-enak melayan rancangan menarik meskipun berulang-ulang siarannya, siaran mula terganggu dengan kerlipan yang membawa kepada keluar 'notification' service currently not available sebagaimana hujan yang menyebabkan keluarnya paparan sebegitu pada kaca televisyen.
Hujan sememangnya tiada, jam menunjukkan 11 pagi dan cuaca agak terang dan panas. Panas negara tropika cukup berbeza dengan mereka yang tinggal di garisan latitude yang menjauhi garisan khatulistiwa. Malaysia merupakan negara yang menerima pancaran matahari yang banyak untuk setahun meskipun terdapat hujan kadang waktu, itu fakta cuaca negara berada di tengah khatulistiwa.
Siaran astro terus setia dengan paparan SCNA sehingga menjelang petang. Masih belum mengetahui puncanya, rekod bayaran bersih dan tiada sebarang notis pemotongan. Hari kemudiannya, dengan cuaca panas terik yang sama, namun ada ketikanya cuaca mendung, dan dengan perlahan paparan di televisyen mula menunjukkan tanda positif bahawa siaran kembali pulih, namun bukan secara drastik. Panas keluar paparan SCNA, redup boleh menonton kembali siaran tv.
Bolehkah siaran tv satelit terganggu dengan haba matahari ?
Ya, memang boleh sepertimana slogan 'Malaysia Boleh'. Konsep tv satelit adalah dengan memantulkan gelombang eletromagnetik (yang membawa gelombang cahaya dan bunyi siaran) dari dengan menembak gelombang ke lapisan atmosfera yang diberi nama ionosphere dan terpantul ke piring penerima.
Ionosphere bumi terdiri dari cas-cas eletrik. Berfungsi dalam melindungi bumi dari sebarang sinaran kosmik yang berbahaya. Lapisan ionosphere mengandungi cas-cas eletrik yang berubah-rubah medan eletriknya. Pada lapisan ini gelombang eletromagnetik yang dipancar oleh pemancar untuk sampai kepada pengguna tv satelit dipantulkan kembali ke bumi. Kepanasa haba dari matahari boleh menganggu medan eletrik yang terdapat pada lapisan ini. Semakin panas haba yang datang dari matahari telah merubah pergerakan medan eletrik di ionosphere.
Berubahnya 'permukaan' cas yang memantulkan gelombang eletromagnetik ini dari yang asal mungkin menyebabkan pantulan kembali yang tidak sama sebagaimana ketika siaran dalam keadaan terbaik.
Panas dan haba juga boleh menganggu siaran tv satelit dengan 'menakluki' komponen penerima siaran tv satelit. Piring astro dalam kes penduduk Malaysia yang memiliki akaun Astro. Piring tv satelit yang terdedah dengan haba yang lama boleh bertukar bentuk dengan pengembangan dan pengecutan yang berlaku pada piring tersebut.
Piring astro atau piring tv satelit yang lain bukan penerima gelombang secara langsung. Dalam ayat biasa, ia berfungsi sebagai 'cermin' yang memantulkan gelombang eletromagnetik yang datang dari langit menuju ke penerima (feed antenna) yang turut dipanggil LNB (low-noise block/feedhorn). Lengkungan pada disc (piring) ini sudah ditala mengikut kedudukan LNB tersebut dan jika terdapat perubahan pada piring seperti gelembung, meleding atau mengembang mungkin menjadi masalah untuk gelombang memasuki feed antenna.
Satu lagi komponen yang mungkin terkesan dengan cuaca yang panas adalah LNB itu sendiri. LNB boleh dikatakan agak sensitif kerana ia adalah penukar isyarat gelombang magnetik menjadi arus eletrik sebelum ke dekoder. Suhu operasi optima bagi LNB mungkin tidak sesuai dengan cuaca atau penerimaan haba yang tinggi.
Sebagai solusi gagal mendapatkan siaran ketika cuaca panas adalah dengan menggunakan kerajang aluminium dan balut LNB atau feed antenna namun jangan pula ditutup bahagian yang menerima gelombang dari piring. Itu hanya cadangan dan teori kerana untuk kita menutup lapisan ionosphere sendiri itu agak mustahil apalagi jika ingin meletakkan suis thermostat pada matahari.
Anda fikir anda tahu Cuaca Panas Boleh Ganggu Siaran TV Satelit dan Parabola ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri