Senarai Ikan-Ikan Larangan Jabatan Perikanan Malaysia Untuk Dilepaskan Ke Perairan Malaysia dan Punca Bawaan Penyakit


"Ikan Makan Kawan"

Ekosistem. Ekosistem merupakan suatu sistem rantaian yang saling memerlukan dalam sistem kehidupan alam. Ekosistem ini perlu berada pada suatu keseimbangan dari segi biologi. Senang cerita, setiap spesis ikan yang terdapat dalam sebuah 'komuniti' kolam atau lombong mereka saling memerlukan.

Ikan, tiada sebarang mahkamah atau badan-badan berkaitan dalam mengawal perilaku mereka. Ikan makan ikan, bukan suatu yang asing kerana sememangnya ia merupakan kelaziman alam. Ikan besar dan lebih agresif akan menjadikan spesis yang lebih kecil dan lemah gemalai sebagai hidangan mereka.

Apabila ikan agresif sudah menjalankan sikap diktator mereka dalam komuniti ikan dalam suatu habitat maka kepupusan terhadap spesis yang menjadi mangsa sudah tidak dapat dielakkan lagi.



Kebanyakkan lombong-lombong dan sungai yang sedia ada di Malaysia, keharmonian ekosistem sudah terpelihara. Namun apabila ada pihak-pihak yang secara tidak bertanggungjawab dalam mengenalpasti pemasalahan yang akan berlaku apabila spesis pemangsa dibuang ke komuniti ini maka berlakulah ketidakseimbangan bilangan spesis ikan yang sedia ada.


Ini boleh menyebabkan para pemancing dan nelayan kecil-kecilan terganggu hobi dan pencarian rezeki mereka.

Beberapa spesis pemangsa agresif yang telah dikenalpasti oleh pihak jabatan perikanan malaysia yang mampu mengganggu keseimbangan ekosistem dan komuniti puak-puak ikan yang bertelagah.

1.Kap Perak
2.Kap Kepala Besar
3.Bandaraya
4.Rohu
5.Sturgeon
6.Ikan Buaya
7.Red Claw
8.Silver Perch
9.Silver Dollar
10.Salmon
11.Trout
12.Baung Ekor Merah
13.Jade Perch
14.Kap Rumput
15.Lee Koh
16.Peacock Bass
17.Northen Pike
18.Flower Horn
19.Arapaima/Ikan Naga
20.Piranha
21.Pacu/Bawal Merah
22.Tilapia
23.Paddle Fish
24.Keli Afrika
25.Katla
26.Patin (Chao Phraya Giant Cat Fish/High Fin Catfish)











Kesemua ikan-ikan ini telah mendapat perintah waran untuk tidak dilepaskan pada mana-mana tasik, kolam atau lombong serta sungai kerana dikenalpasti mampu merosakkan ekosistem dan biodiversiti habitat yang sedia ada.

Hebahan dari Department of Fish ini juga menjurus kepada ikan-ikan ini mampu menularkan dan menyebarkan penyakit kepada masyarakat dan penghuni muka bumi. Oleh itu, ikan-ikan ini sudah menjadi 'wanted' dan mungkin diklasifikasikan sebagai 'lanun' bagi persatuan-persatuan ikan tempatan, mana kita tahukan, Wallahualam.

 
Anda fikir anda tahu Senarai Ikan-Ikan Larangan Oleh Jabatan Perikanan Malaysia Dilepaskan Ke Perairan Malaysia dan Punca Bawaan Penyakit ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan