MH17 Malaysia Airlines Bukan Pesawat Komersil Pertama Ditembak Jatuh


Korea Airlines KAL 007
Sebuah pesawat Boeing 747-230B yang digunakan oleh Korean Airlines telah ditembak jatuh oleh pesawat pemintas tentera USSR (Kini Russia) Sukhoi SU-15 pada 1 September 1983. Serpihan pesawat di temui di sekitar berdekatan Pulau Maneron di Laut Jepun. 

Penerbangan KAL007 yang bermula dari JFK International Airport, Amerika Syarikat itu menuju ke Gimpo International Airport, Korea Selatan. Kesemua 269 penumpang dan anak kapal disahkan telah terkorban dalam nahas.Setelah melalui beberapa siasatan mengenai kes tersebut, para penyiasat telah mendapati laporan dari Cockpit Voice Recorder (CVR) dan Flight Data Recorder (FDR) telah membuktikan juruterbang telah melakukan kesilapan.Kesilapan navigasi. 

Mengikut prosedur rutin biasa dalam penerbangan, sebagai panduan navigasi, juruterbang seharusnya membawa pesawat memintas setiap checkpoint atau waypoint yang telah ditetapkan koordinatnya oleh ICAO.

Namun dalam kes ini, juruterbang telah mengambil mudah dalam mengendalikan pesawat supaya mengikut 'heading' yang sepatutnya sehingga menyebabkan pesawat telah 'drifted' dan telah berada pada 'track' yang salah. Bukan berpandukan flight plan yang sudah dihantar.





Maka pesawat malang tersebut telah memasuki ruang udara USSR secara tidak sengaja. 
Ketika kejadian ini, 'cold war' antara Amerika Syarikat dan USSR belum reda. Masing-masing sedang berada dalam keadaan berhati-hati menjaga kedaulatan masing-masing.
Setelah mengetahui kemunculan pesawat yang tidak dikenali di ruang udaranya, maka tentera udara USSR mula menghantar pesawat pemintas untuk mengesahkan terdapat pencerobohan dari pihak musuh.

Setelah mengekori beberapa ketika, dan menghantar beberapa isyarat amaran kepada pesawat 747 itu, juruterbang tidak memberikan responnya. Setelah mencuba beberapa kali melalui radio dan pancaran suar namun tiada tindakbalas. Maka pesawat pemintas itu melakukan tindakan terakhirnya dengan melepaskan misil ke arah pesawat 747 tersebut di mana disangkakan pesawat pengintip Amerika Syarikat Boeing 707 yang biasa digunakan untuk aktiviti intipan, kerana bentuk kedua-dua pesawat begitu mirip.

Dalam tragedi malang ini, kesilapan juruterbang telah menjadi kesimpulan para penyiasat kerana gagal mengendalikan pesawat mengikut checkpoint atau waypoint navigasi yang sepatutnya.

Iran Air Flight 655
Pesawat Airbus A300B2-203 yang memulakan penerbangan dari Mehrabad International Airport, Iran yang transit sebentar di Banda Abbas International Airport, Iran sebelum merancang penerbangan ke Dubai International Airport, UAE. Selepas meneruskan penerbangan dari Banda Abbas Airport ke Dubai pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh USS Vincennes milik tentera laut Amerika Syarikat sekitar teluk parsi pada 3 Julai 1988. 

USS Vincennes ditugaskan sebagai peronda "penyibuk" di sekitar perairan Iran dan Iraq kerana berlakunya ketegangan antara Iran dan pemerintahan Saddam Hussein. Lanun Iran menjadikan Teluk Parsi sebagai tempat mereka menyerang kapal-kapal import/eksport minyak dari dan ke Iraq. Untuk menjatuhkan ekonomi Iraq.

Maka sebagai "polis dunia", tentera laut Amerika ditugaskan menjaga kawasan tersebut dari serangan pengganas menggunakan bot laju. Pada hari kejadian, pelbagai kebetulan telah berlaku. Sebuah helikopter milik Amerika Syarikat telah ditembak oleh pengganas laut Iran ketika sedang membuat kawalan udara. Pada masa yang sama, pesawat penumpang A300 baru sahaja berlepas dari banda abbas international airport.

Ketika menghampiri kawasan Teluk Parsi, pesawat malang tersebut telah dikesan berada di dalam lingkungan radar USS Vincennes yang sedang bertempur dengan penganas laut Iran. Setelah diberi beberapa isyarat amaran, masih tiada tindakbalas dari juruterbang pesawat komersil tersebut. Pada masa tersebut juruterbang pesawat komersil tidak dibenarkan berhubung menggunakan frekuensi radio tentera.

Pihak radar kapal USS Vincennes telah membuat sepuluh hubungan dengan frekuensi tentera serta frekuensi penerbangan awam, namun tiada sebarang tindakbalas. Satu lagi cara untuk mengetahui identiti pesawat adalah melalui squawk frekuensi dimana setiap pesawat telah diklasifikasikan oleh ICAO sebagai IFF squawks. 

Dalam kes ini, USS Vincennes telah keliru dengan identiti pesawat tersebut, adakah ia sebuah pesawat komersil atau pesawat gempur Iran F14A-Tomcat yang biasa digunakan oleh tentera Iran. 

Lagi mendorong mereka menganggap pesawat tersebut adalah pesawat gempur adalah kerana tentera Iran ada menyimpan beberapa pesawat gempur di Banda Abbas International Airport. Meskupin pesawat malang Iran Air 655 menggunakan squawk mode III (mode II untuk tentera Iran), namun kerana disangkakan ancaman, kapten kapal telah melancarkan dua misil ke arah pesawat tersebut yang mengorbankan 290 penumpang termasuk anak kapal.

Kejadian ini terbukti memang salah pihak tentera laut USS Vincennes yang gagal membezakan pesawat komersil dan pesawat gempur Iran meskipun pesawat komersil tersebut telah menetapkan frekuensi pesawat komersil. Mereka,Amerika Syarikat, terlepas dari sebarang tindakkan hanya memberi saguhati kepada keluarga mangsa insiden

Kedua-dua insiden ini memiliki persamaan dalam kes Malaysia Airlines MH17 iaitu ditembak jatuh. Ketiga-tiga kes melibatkan pergolakkan dan peperangan di kawasan sekitar. 

Kedua-dua kes diatas berlaku sebelum 90-an dan kes MH17 sepatutnya tidak berlaku dengan kecanggihan yang sudah ada. Adakah dari apa yang berlaku pada kes-kes di atas tiada sebarang penambahbaikan atau kesimpulan yang boleh mengatasi dari insiden yang sama atau seakan sama berulang ?

Jaminan siapa yang akan mengaku bersalah dalam isu MH17 akan menyerupai apa yang berlaku terhadap Iran Air flight 655, di mana insiden yang berkait kuasa besar, Rusia dalam kes MH17, paling bernasib baik pihak mereka akan memberi saguhati kepada keluarga mangsa.

anda fikir anda tahu MH17 Malaysia Airlines Bukan Pesawat Komersil Pertama Ditembak Jatuh ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan