Dengan berkuburkannya Moy Publications sdn bhd semua rakyat Malaysia semestinya merasakan telah kehilangan sumber untuk membasahkan gusi.
Ada hikmahnya di sebalik kejatuhannya sehingga tahap penutupan operasi : Moy Publications sdn bhd Tutup Operasi Disahkan Kartunis Ubi. Boleh menjadi ikhtibar kepada setiap bangsa melayu khususnya supaya harta bukan segalanya sehingga berlaku penindasan terhadap rakan sendiri.
Para kartunis tempatan juga harus meneliti setiap kontrak serta perjanjian dalam berkarya supaya tidak timbul isu hak cipta dan paten yang boleh menjatuhkan karier kartunis itu sendiri.
Kemelut moy publications sdn bhd bukan sahaja dengan Ibrahim Anon (Ujang) malah ramai lagi kartunis yang seangkatan dengan ujang menerima nasib sama ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana dalam artikel ini : Konspirasi: Ujang dan MOY publications,Plagiarism, Copyright dan ....
Melalui kejatuhan ini, para kartunis telah bersepakat untuk membina semula empayar kegemilangan kartun tanah air bersama majalah gila-gila yang dirancang akan bermula Oktober 2015.
Majalah Gila-Gila dan Ujang |
Bagi mereka di zaman 90-an yang tinggal di asrama pasti akan ingat akan nostalgia di mana jika di buka tilam setiap katil mesti akan terjumpa khazanah-khazanah ini yang selalunya disorok dahulu sebelum di baca pada hujung minggu.
Antara pelukis dan kartunis yang akan bersama 'projek' yang diketuai kartunis Ujang adalah:
Kartunis Ubi (AKU ,DIA dan VOLKSWAGON ) ,
Kartunis Tembakau (KARTINI)
Azzam Supardi (Penulis asal AKU HIDUP DALAM BLUES)
Kartunis Taugeh
Kartunis Along
Kartuni Nik Wafdi (Tandoori Payat)
dan beberapa orang lagi dalam waiting list.
Ujang Budak Minang Status |
Sebagaimana contoh Koleksi Lawak Lambok ini
Melalui projek tersebut majalah Gila-Gila yang bernaung di bawah Creative Enterprise yang sudah bertapak dari tahun 1978 itu akan kembali memeriahkan iklim kartun tempatan yang sudah lama mengalami keadaan jerebu yang mencapai IPU yang berbahaya.
Baca : Moy Publications sdn bhd Tutup Operasi Disahkan Kartunis Ubi
Baca : Koleksi Lawak Kartunis Lambok Tribute Lawak Antara Benua Majalah Apo?
anda fikir anda tahu Kelahiran Semula Majalah Ujang bersama Bekas Kartunis Moy Publications dalam Majalah Gila-Gila ?
anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum....
0 Ulasan
Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri