Yang Di Pertuan Agong Malaysia Tiada Kuasa Untuk Memecat Najib


Maaf jika dikatakan Malaysia sebenarnya masih belum merdeka. Masih lagi mengikut jari telunjuk perlembagaan British sekian lama. Jika dahulu Tanah Melayu (pada ketika itu) dicucuk hidung ibarat lembu oleh penjajah British. Namun meskipun sudah sekian lama, 

Malaysia masih lagi menjadi boneka Inggeris dalam versi voodoo. Pihak penjajah bukan sahaja meninggalkan sedikit tempelan sejarah berupa bentuk monumen atau perkataan dalam kamus dewan namun hakikatnya susur galur pemerintahan Malaysia merupakan parut yang sukar di kikis meskipun menggunakan pelbagai produk kecantikkan yang berlambak di instagram.

Mengapa sedemikian ? Kerana kuasa Yang Di Pertuan Agong atau sultan-sultan begitu terhad malahan boleh dikatakan tiada langsung. Sepatutnya dengan berpandukan nama 'Agong' sudah cukup besar untuk memerintah negara serta negeri namun kekuasaan parut tinggalan British telah menyebabkan sultan-sultan dan Agong hanyalah lambang kepada ketuanan melayu dan sebagai tanda bahwa Malaysia menjadikan islam agama rasmi.


Daripada penjelasan ini makan pertanyaan netizen adakah yang di pertuan agong boleh melucutkan jawatan perdana menteri sudah tidak lagi relevan untuk di adaptasi dengan keadaan pemerintahan Malaysia yang sedang bergolak.

Menurut Prof. Mohamad Agus Yusoff Perdana Menteri hanya boleh terlucut dari jawatannya dengan keadaan berikut:


i. Mendapat undi tidak percaya ahli Dewan atau hilang sokongan majoriti ahli Dewan.
ii. PM sendiri meletakkan jawatan.
iii. PM hilang kelayakan sebagai ahli Dewan disebabkan oleh hukuman mahkamah (setahun penjara atau denda RM2000 atau kedua-duanya sekali), gila, muflis.
iv. Dewan Rakyat dibubarkan.

Jika diteliti peranan yang ada pada yang dipertuan agong maka amat susah untuk menyelesaikan masalah ketidakpercayaan netizen terhadap perdana menteri sekarang.




Peranan Yang Di-Pertuan Agong

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga

kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka,

Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.[4] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[5].

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[6]:

Melantik seorang Perdana Menteri
Menangguhkan pembubaran parlimen
Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.


anda fikir anda tahu Yang Di Pertuan Agong Malaysia Tiada Kuasa Untuk Memecat Najib ?

anda fikir sekali lagi.....

assalamualaikum....


Catat Ulasan

0 Ulasan