"Filem Bruce Lee"
......bermula dari guli
Berlatarbelakangkan zaman 40-an.Bermula dengan permainan guli, empat kanak-kanak sedang asyik bermain meskipun saling tidak mengenali.Setelah melihat betapa salah seorang yang begitu cekap bermain guli sehingga mungkin akan merampas semua guli yang ada maka seorang dari kanak-kanak tersebut merebut ke semua guli yang dipertaruhkan dan melarikannya.Dari situ bermulalah kejar mengejar keempat-empat mereka.Salah seorang daripada mereka (yang power main guli tadi) berjaya menagkap dan merampas kembali guli yang diambil.
Bruce Lee is My Brother Film | Google Image |
Dari situ mereka berempat menjadi kawan karib lebih senang digelar sahabat.Kemana sahaja mereka akan bersama sehinggalah ke kolej.Meskipun masing-masing iaitu Li Yang, Kong, Skinny dan sloppy cat berbeza personaliti dan latar belakang itu bukan penghalang mereka menjadi sahabat karib.
Li Yang Family | Google Image |
....konflik: antara kawan dan cinta
Dalam tahun 1957 konflik persahabatan mereka bermula apabila salah seorang daripada mereka berempat (Li Ynag) meminati seorang gadis dari u.k yang bernama Pearl yang juga merupakan kekasih a.k.a girlfriend kepada sahabatnya, kong.Dilema mula terjadi apabila Pearl mengajak Li Yang untuk menyertai contest tarian cha cha di kolej mereka. Bagi Li Yang yang begitu setiakawan dan mementingkan persahabatan terpaksa menolak tawaran Pearl kerana tahu yang kong merupakan kekasih pearl dan sahabat baiknya juga.
Tiada siapa tahu partner Li Yang untuk contest tersebut meskipun Margaret (diam diam jatuh cinta dengan Li Yang) juga ditolak oleh Li Yang untuk menjadi partner untuk pertandingan tersebut.Dari sinilah mereka berempat mula renggang dimana Kong telah melarikan diri dan Pearl kembali ke Britain semula.
Li Yang pula mula berubah dan menjadi tidak seceria dahulu dan demi mengembalikan keceriaannya dia mula belajar martial art wing chun dengan seorang pengamal martial art tersebut setelah diperkenalkan oleh sloppy cat.Maka Li Yang sudah tidak lagi berlakon sepertimana yang dilakukannya sebelum ini sebagai seorang pelakon ternama di hong kong.
Siapa Li Yang, Skinny, kong, Sloppy Cat, Margaret dan mereka-mereka semua ni?Kalau nak tahu siapa mereka mari kita rewind entry ni dari asal kejadiannya....
Bzzzzperffff....san francisco...perfiiii meow....phoebe.....peng pengcing cing...push push....ting tong tingtong..nakal..piff piff wanted...robert lee...perfff...gedek kedek...
bunyi flashback versi tape rewind
....plot: siapa mereka
Kembali semula ke lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas di San Francisco, USA
Seorang pelakon opera bernama Lee Hoi Chuen yang sedang membuat 'tour' persembahannya di USA terpaksa menghentikan lakonannya kerana isterinya akan melahirkan anak beberapa minit lagi.Selepas semua proses push push dan tolak menolak si ibu yang bernama Grace Ho, seorang germany dan cina berjaya melahirkan seorang anak lelaki.
Ketika ditanya oleh seorang jururawat yang ingin mendaftarkan nama bayi tersebut, oleh kerana si bapa kurang memahami bahasa inggeris dan ketika itu si ibu masih menyebut perkataan push push.Si bapa yang terikut-ikut menyebut push push telah menyebabkan nurse terbabit tersalah dengar dan menulis pada borang pendaftaran sebagai bruce.
Sekembalinya ke hong kong oleh kerana bruce dilahirkan pada zaman perang neneknya menamakannya sebagai 'phoenix' dan dalam bahasa kantonis ia seperti nama perempuan, sai fon.Keluarga Li Yang a.k.a sai fon dan bruce, memang besar lagipun bapanya adalah seorang pelakon opera terkenal.Li Yang adalah anak keempat dalam keluarga dari 5 orang adik beradik, Li Yang lahir setelah Agnes, Phoebe dan Peter dan adiknya dah lupa apa namanya.
Li Yang memang seorang yang nakal dari kecil lagi, sebagaimana kisah guli di atas dia dan skinny (ironinya dia gemuk) selalu sahaja pulang lewat malam kerana merayau-rayau.Oh skinny adalah seorang anak kepada orang gaji Li Yang.Pada suatu hari mereka kantoi a.k.a tertangkap kerana balik lewat malam.Semua adik beradiknya juga dihukum oleh bapanya yang tegas dan garang kerana bersubahat.Mereka di denda untuk menyembah sebanyak 200 kali kepada nenek moyang.Kenakalan mereka membawak ke remaja dan benda yang sama juga berlaku.
.....cliche: dugaan dan dendam
Sifar pendendam si Li Yang bermula ketika zaman jepun lagi ketika si pembelot mereka pada masa itu sedang bekerja dengan jepun memecah masuk rumah mereka dan selepas kekalahan jepun berlaku situasi yang sama apabila pihak british datang dengan waran untuk menangkap bapanya kerana didapati menghisap opium.
Di set penggambaran mereka berempat selalu lepak, dari situlah Li Yang menyukai Pearl dimana awek si Kong tadi.Daripada konflik yang terjadi tadi yang membawa kepada kehilangan kong dan Li Yang berusaha sehingga berjumpa dengan Kong yang sedang bersama kumpulan ganster yang agak popular di hong kong pada masa itu dan oleh kerana Li Yang telah menghuru-harakan tempat tersebut maka dia umpama wanted tidak kira dari pihak british atau masyarakat tempatan sendiri.
....bermulanya sebuah fenomena
Oleh itu dia telah di'buang negara' oleh ayahnya sendiri untuk ke USA kerana bimbang Li Yang akan dipenjara dan mungkin akan dibunuh.Disinilah bermulanya era nunchaku yang menjadikan Li Yang atau dengan nama popularnya BRUCE LEE menjadi fenomena dunia....
Ini adalah sebahagian rentetan bersumberkan buku yang dikarang adik kepada bruce lee iaitu anak ke 5 kepada Lee Hoi chuen iaitu Robert lee dalam 'Bruce Lee is My Brother' yang berjaya digarap dengan superb oleh Raymond Yip dan Manfred Wong di mana usahasama produksi Hong Kong dan Singapore.
Pelakon: Tony Leung Ka Fai (Lee Hoi Chuen), Christy Chung (Grace Ho), Aarif Rahman (Bruce Lee), Gong Mi (Margaret)
Anda fikir anda tahu Bruce Lee is My Brother 2010 is The Untold Bruce Lee's Story Until Now ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
5 Ulasan
best ke cite ni..
BalasPadamBest ke tak???
BalasPadamberus gigi is not my sister..
BalasPadamwow.. kena tgk
BalasPadambest tak ? happy weekend !
BalasPadamSemua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri